tatod Publish time 16-7-2023 09:57 PM

Curi Masa Solat Asar Atas Jengkaut, Bos Dari Negara China Senyum Tak Kisah, Pekerja Syukur Boleh Sembahyang Awal Waktu

Video memaparkan seorang lelaki yang sedang menunaikan solat di atas bumbung sebuah jentera pengorek (excavator) tular di media sosial.


Rata-rata netizen memuji peribadi pengendali jentera itu yang tidak mengabaikan ibadah meskipun sedang sibuk bekerja di sebuah tapak pembinaan.


Pemilik video TikTok itu, Sahril Shamsudin turut berkongsi cerita mengenai majikan dari negara China yang tidak kisah apabila salah seorang pekerjanya mencuri sedikit waktu untuk menunaikan solat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/16/215722pqqd4qmz6q7u6o17.png



"Siapa cakap kerja dengan Cina susah nak jaga solat awal waktu? Tengok video ni sampai habis, aku kongsi dengan anda semua apa reaksi Cina dari Tanah Besar China ini selepas dia tengok brother operator excavator ni solat Asar tadi.


"Bos yang pakai topi merah tunjuk brother yang tengah solat Asar sambil muka senyum kat aku. Mungkin nak aku explain kot apa brother tu tengah buat, bangun duduk apa semua.


"So aku pun explain sambil tunjuk isyarat tangan, baru dia faham. Kalau kau cakap saja that driver pray ke apa, mereka susah nak faham," ujarnya.


Tambah Sahril, berdasarkan pengalaman lalu, dia jarang berdepan masalah setiap kali bekerja dengan individu dari negara China.


"Berdasarkan pengalaman aku kerja dengan mereka selama ini, kebanyakan semuanya okey saja. Asalkan kerja tiada masalah. Korang tengok ni (video), mereka takkan ganggu apa anda buat.


"Apa pun terbaik brother excavator. Semoga Allah mudahkan urusanmu dan keluargamu. Dan semoga ia jadi contoh kepada kita semua untuk sentiasa menjaga perintah Allah walau dalam apa jua sekalipun keberadaan kita," ujar Sahril lagi.


Video yang meraih lebih 51,000 tontonan itu turut dibanjiri dengan komen pujian terhadap majikan dan pekerja berkenaan.




Sumber: mStar

acikonion Publish time 18-7-2023 06:48 AM

Tak gayat ke solat atas tu

gigahertz Publish time 21-7-2023 06:50 PM

tengok masa gaji nanti dia potong ke tidak.

chiyoasuka Publish time 27-7-2023 11:16 PM

bgs la klu ada bos mcm tu
Pages: [1]
View full version: Curi Masa Solat Asar Atas Jengkaut, Bos Dari Negara China Senyum Tak Kisah, Pekerja Syukur Boleh Sembahyang Awal Waktu


ADVERTISEMENT