Raline Publish time 16-7-2023 07:03 PM

Melakukan Ciuman Panas Bersama Alyy Khan, Kajol dan Ajay Devgan Dikatakan Sudah Bercerai?

Melakukan Ciuman Panas Bersama Alyy Khan, Kajol dan Ajay Devgan Dikatakan Sudah Bercerai?


https://murai.my/wp-content/webp-express/webp-images/doc-root/wp-content/uploads/2023/07/Capturewwwwww-750x430.jpg.webp

Terbaru, Kajol baru sahaja mengumumkan tarikh tayangan drama bersiri baharunya.

Kemunculan Semula
Rakan seperjuangan Shah Rukh Khan ini membuat kemunculan semula selepas sekian lama tidak muncul di skrin besar dengan drama The Trial.

Namun yang menjadi perbualan dalam kalangan peminat Bollywood dalam drama bersiriini adalah aksi yang dilakukan oleh Kajol.

Dalam drama tersebut, terdapat adegan yang menunjukkan Kajol bercium dan setakat ini dia dikatakan tidak pernah melakukan adegan intim seperti bercium tersebut.

Melakukan Aksi Ciuman

https://murai.my/wp-content/webp-express/webp-images/doc-root/wp-content/uploads/2023/07/via-Intepseleb.jpg.webp
Kajol telah melakukan ciuman yang agak panas dengan pelakon India, Alyy Khan. Dalam siri The Trial tersebut, Alyy Khan juga turut membuat kemunculan semula buat kali pertama selepas lama tidak muncul di skrin televisyen.

Adegan ciuman panas itu turut dimuat naik di Twitter dan mendapat reaksi yang agak terkejut daripada peminat.

Menurut Intepseleb, adegan tersebut berlaku apabila pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai itu dikhabarkan telah bercerai dengan Ajay Devgan.

Ini dapat dilihat dari salah satu akaun TikTok yang mengatakan mereka berdua berpisah.

Hubungan Sering Dilanda Isu

https://murai.my/wp-content/webp-express/webp-images/doc-root/wp-content/uploads/2023/07/via-Intepselebddd.jpg.webp
Netizen langsung terkejut dengan berita tersebut. Kerana, bukan hanya sekali ini, namun hubungan rumah tangga antara Kajol dan Ajay Devgan sering dilanda isu yang tidak menyenangkan.

Malah, Ajay Devgan juga dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Kangana Ranaut.

Menurut Intepseleb, selepas dikaji dengan teliti video yang melaporkan Kajol dan Ajay Devgan bercerai adalah tidak benar. Ini kerana video tersebut merupakan babak dari drama terbarunya, The Trial.

Sumber:https://murai.my/2023/183913/melakukan-ciuman-panas-bersama-alyy-khan-kajol-dan-ajay-devgan-dikatakan-sudah-bercerai/

shida81 Publish time 17-7-2023 08:38 AM

Abis image dia buat aksi kiss mcm ni

Meiizu Publish time 17-7-2023 01:57 PM

Jarang bangsa ni bercerai berai ..kuat depa bertahan

beatgirlX Publish time 17-7-2023 03:33 PM

Lama sangat memendam perasaan kot

mayaHD Publish time 17-7-2023 03:36 PM

cite bollywood sekarang mmg boleh terkezut giler, baru neh aku tengok cite lust story kat neflix, nasib baik tgk sorg ahahahaha

seri_mawr Publish time 17-7-2023 03:43 PM

cerita bollywood skrg x mcm dulu2 da zaman hema malini...rekha dulu2.....xde aksi2 panas..

bolywood ngan hollywood dah lebih2 kurang jah...

anony-mous Publish time 18-7-2023 03:23 AM

Marketing zmn now kot. Tu hah ig ajay devgan dah update 1 family. Lawa sgguh kajol

Nurul_007 Publish time 18-7-2023 11:33 AM

Tk sngka dia berani bt scene kiss ni mmg nk rsa bibir laki2 lain ke setuju bt ni?tcalar image dia bgi meols lh.tp betul lh cerita Bollywood skrg mmg sma lvl dh gn Hollywood selamba je bt scene 18sx tu

cikperiukkera Publish time 19-7-2023 07:18 AM

anony-mous replied at 18-7-2023 03:23 AM
Marketing zmn now kot. Tu hah ig ajay devgan dah update 1 family. Lawa sgguh kajol

Sheols mmg lawa yach..rasanya belum buat reno kt muka…body pn curvy…

lurve82 Publish time 19-7-2023 07:40 PM

Oooo bukan bercerai la ye

putericahaya999 Publish time 23-7-2023 02:49 PM

Ajay lg byk kissing

makita Publish time 24-7-2023 08:34 PM

mayaHD replied at 17-7-2023 03:36 PM
cite bollywood sekarang mmg boleh terkezut giler, baru neh aku tengok cite lust story kat neflix, na ...

Dulu2 citer hindustan ni kalau pompuan stim time menyanyi di pergunungan cuma takat tutup2 mata sambil geleng2 kepala ja

Page88 Publish time 21-8-2023 12:24 AM

Ajay loves kissing.
Pages: [1]
View full version: Melakukan Ciuman Panas Bersama Alyy Khan, Kajol dan Ajay Devgan Dikatakan Sudah Bercerai?


ADVERTISEMENT