CARI-MAL Publish time 15-7-2023 08:54 PM

Zayn Malik Akhirnya Buka Mulut Punca Perpecahan One Direction

Penyanyi Zayn Malik mendedahkan punca perpecahan One Direction atau 1D yang mencetus fenomena sejak ditubuhkan pada tahun 2010.


1D terdiri daripada gabungan lima anak muda iaitu Niall Horan, Liam Payne, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Zayn Malik yang diasaskan oleh meastro muzik dan juri terkenal Simon Cowell setelah mereka menyertai pertandingan The X Factor.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/15/205321dshkikoplray8ka8.jpgThe Rappler




Kumpulan ini bagimanapun hanya bertahan lima tahun sebelum Zayn menjadi anggota pertama meninggalkan 1D.


Dalam sebuah temu bual di podcast Call Her Daddy, Zayn yang sudah enam tahun tidak melakukan wawancara mendedahkan salah satu faktor perpecahan 1D.


“Sangat jelas memang ada isu dalam 1D dan tentang hubungan kami juga.


“Kami sudah lima tahun dan bersama setiap hari. Jika saya boleh jujur, kami cuma lelah dengan sikap antara satu sama lain,” dedah Zayn seperti dilaporkan media tempatan.


Mantan pasangan Gigi Hadid ini juga mengaku berbanding empat rakan yang lain, dia adalah seorang yang pasif. Namun jika berkaitan kerjaya, dirinya tidak berfikir dua kali.


“Sebab itu saya menjadi orang pertama yang meninggalkan 1D. Saya sangat serius tentang karier dan mahu bersaing. Saya mahu keluar dan melakukan kerja solo saya,” katanya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/15/205333xwg76aa6a88nza07.jpgTeen Vogue




1D kemudian berpecah beberapa bulan selepas Zayn meninggalkan mereka.


Zayn lahir dengan album solo pertama berjudul Mind Of Mine pada 2016.




Sumber: Gempak

Perawankota Publish time 15-7-2023 11:02 PM

Tak pernah Minat 1D ni

delia3003 Publish time 16-7-2023 12:12 AM

Dia yang awal gerak solo tapi Harry Styles lagi mendonia.

CARI-MAL Publish time 17-7-2023 08:11 AM

siapa yang paling buat perangai agaknya
Pages: [1]
View full version: Zayn Malik Akhirnya Buka Mulut Punca Perpecahan One Direction


ADVERTISEMENT