tatod Publish time 15-7-2023 03:46 PM

“Boleh Beli Rumah Teres Dengan Duit Ni” - Bella Khan Tunjuk Resit Transaksi LHDN Hampir RM370,000

Selebriti media sosial dan usahawan, Bella Khan turut mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsi tangkap layar transaksi bank yang dibuat kepada pihak LHDN.


Tangkap layar itu memaparkan Bella membuat transaksi berjumlah RM369,978.20 kepada LHDN sehingga dia dihujani pelbagai respons netizen di Twitter.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/15/154517ffu1qdejd01ijjj3.png



"Bayar cukai LHDN. Mari kita menangis sama-sama. Aku dah boleh beli sebuah rumah teres lagi ya dengan duit ni.


"Tak apalah janji kita berkhidmat untuk negara," ciapnya menerusi Twitter pada Jumaat malam.


Menjawab soalan netizen, Bella berkata bayaran berkenaan merupakan cukai untuk tahun lepas yang baru dilunaskannya.


"Semua resit, purchase, relief dah habis tolak dah ni. Inilah kenyataan.


"Ya saya ada ejen cukai. And ni dah habis kurang dah," jawab Bella lagi.


Bella turut menyangkal tanggapan seorang netizen yang mendakwa dia perlu membayar jumlah besar kerana tidak ambil tahu tentang cukai tahun-tahun terdahulu.


"Sebab tu kita kena declare income kita dengan LHDN. Kalau tak macam ni lah. Tahu-tahu kena bayar tax dengan LHDN," tulis seorang individu.


"Setiap tahun saya bayar wak. Ni last year punya sahaja," jawab Bella pula.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/15/154542qbxh7gz28g2gzgdx.jpg



Sungguhpun terkejut dengan nilai berkenaan, ramai netizen turut memuji Bella kerana bersikap telus dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pembayar cukai.


Untuk rekod, Bella yang mengusahakan produk kecantikan dan penjagaan rambut mempunyai 1.3 juta pengikut di TikTok, lebih 800,000 pengikut Instagram dan hampir setengah juta pengikut Twitter.




Sumber: mStar

Perawankota Publish time 15-7-2023 04:02 PM

So, agak2 berapa income dia

hareeeesah Publish time 15-7-2023 09:23 PM

Aku je ke xkenal sapa ni…

CiliPadiSedap Publish time 15-7-2023 09:49 PM

Perawankota replied at 15-7-2023 04:02 PM
So, agak2 berapa income dia

rm 1.4 million :lol:

lostnfaun Publish time 16-7-2023 02:05 PM

Cukai banyak camnie boleh offset dgn zakat ke?

lifeline Publish time 17-7-2023 08:55 AM

banyak nya cukaiii dia
tp rumah dia lawa la
rambut dia pon lawaa teballl
sapa2 pernah guna product dia?

kakakgarang Publish time 17-7-2023 08:58 AM

lifeline replied at 17-7-2023 08:55 AM
banyak nya cukaiii dia
tp rumah dia lawa la
rambut dia pon lawaa teballl


tgk shelloss rasa mcm nk try product.. tapi takut sheolls overclaim mcm kakakgula

lifeline Publish time 17-7-2023 09:01 AM

kakakgarang replied at 17-7-2023 08:58 AM
tgk shelloss rasa mcm nk try product.. tapi takut sheolls overclaim mcm kakakgula

kakak gula tu mana
sugar*** ke?
tp kalo product sugar tu mmg overclaim hrga pon mahal
iols try sekali je
better yg ridzo lagi

kakakgarang Publish time 17-7-2023 09:11 AM

lifeline replied at 17-7-2023 09:01 AM
kakak gula tu mana
sugar*** ke?
tp kalo product sugar tu mmg overclaim hrga pon mahal


aah gula tu la. gagagaga

sheolls overclaim betul.

moga bella buat product tak overclaim...

anony-mous Publish time 17-7-2023 09:52 AM

Perawankota replied at 15-7-2023 04:02 PM
So, agak2 berapa income dia

Ada org kira kan around 122-200k per month. Btw muka sheol sebjik paiz roslan

acikku Publish time 17-7-2023 10:19 AM

apa nama produk dia ni, macam nak try je. acik dah pernah try produk akak gula tu.tak di nafikan mahal tapi vitamin dgn toner tu macam berkesan jugaklah.nak cari brand lain yg ok dan murah sikit tapi berkesan untuk rambut yang makin menipis ni

Rogue98 Publish time 23-7-2023 08:33 PM

Banyaknye....kerja apa dia ni. YouTube dia tunjuk rumah teres biasa jer....beli barang2 kat shopee ..shein...aritu time banjir mengejut rumah dia pun kena..

bbi25 Publish time 26-7-2023 04:22 PM

produk dia mahal tapi berkesan jugaklah

chiyoasuka Publish time 27-7-2023 09:20 PM

bbi25 replied at 26-7-2023 04:22 PM
produk dia mahal tapi berkesan jugaklah

iye ke? rasa mcm nak try product dia. sllu lalu dkt tiktok

Siputjelly Publish time 8-8-2023 02:13 PM

lifeline replied at 17-7-2023 08:55 AM
banyak nya cukaiii dia
tp rumah dia lawa la
rambut dia pon lawaa teballl


i pakai hair tonic dia,so far menjadi. banyak baby hair tumbuh. i dah pakai 3botol:$

Siputjelly Publish time 8-8-2023 02:16 PM

acikku replied at 17-7-2023 10:19 AM
apa nama produk dia ni, macam nak try je. acik dah pernah try produk akak gula tu.tak di nafikan mah ...

vigorous hair namanyaa. harga mmg mahal tapi berkesan lah utk i. susah nak dapat stok dia dulu, sekali beli 2 botol terus :lol:

lifeline Publish time 9-8-2023 10:18 AM

Siputjelly replied at 8-8-2023 02:13 PM
i pakai hair tonic dia,so far menjadi. banyak baby hair tumbuh. i dah pakai 3botol

Yeke beb
Menariks ni mcm nk try
Iols aritu oakai yg ridzo
Best jugak dah masuk botol ke dua
Rasa la rambut tebal

Yg bella ounya ni brpa rm?

reenz013 Publish time 9-8-2023 10:21 AM

x kenal pun dia ni

Siputjelly Publish time 9-8-2023 03:36 PM

lifeline replied at 9-8-2023 10:18 AM
Yeke beb
Menariks ni mcm nk try
Iols aritu oakai yg ridzo


yg tonic rm65 utk 150ml uols.
ridzo tu tonic juga ke? ke uols pkai yg set punya

lifeline Publish time 9-8-2023 06:19 PM

Siputjelly replied at 9-8-2023 03:36 PM
yg tonic rm65 utk 150ml uols.
ridzo tu tonic juga ke? ke uols pkai yg set punya

Ooo
Yg ridzo iols pakai set
Tp toner dah repeat 2x..set shanpoo semua still ada..berbaloi gak laa
Pages: [1] 2
View full version: “Boleh Beli Rumah Teres Dengan Duit Ni” - Bella Khan Tunjuk Resit Transaksi LHDN Hampir RM370,000


ADVERTISEMENT