CARI-MAL Publish time 13-7-2023 07:18 PM

'Spider-Man' Mengaku Kaki Botol, Teruja Dapat Jadi Inspirasi Untuk Ibu Berhenti Minum

Mengakui dirinya peminum alkohol tegar, bintang The Spider-Man: Far From Home, Tom Holland berkongsi kisah hatinya tiba-tiba terdetik untuk berhenti mengambil minuman beralkohol tahun lalu.


Menurutnya, sebagai seorang kaki botol, berhenti minum adalah satu usaha yang sangat sukar dilakukan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/13/191846b6ls171k61khzck6.jpgIG




Ada pada masa dirinya tidak kuat dan cuba itu melakukan ‘penipuan’ mula meminum dalam kuantiti yang sedikit.


Namun, setiap kali perasaan ingin minum datang, Holland memujuk hati dengan mengatakan dia boleh meneruskan cabaran ini sekali gus akan menjadi sesuatu yang baik jika tidak tergoda dengan diri sendiri.


“Semuanya bermula pada Disember lalu. Saya tidak ‘menyerah’, tapi saya macam mahu berhenti sahaja selepas minum dengan sangat banyak pada musim cuti bulan Disember.


“Jadi bermula Januari cabarannya saya asyik terfikir untuk minum semula. Saya sangat ingin (minum) sehingga bimbang takut adakah saya mula ketagih.


“Saya pujuk diri kata teruskan sebulan lagi dan kemudian sebulan lagi sehingga berjaya bebas alkohol selama enam bulan sekarang. Ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya lakukan,” katanya sewaktu muncul dalam episod On Purpose with Jay Shetty seperti dilaporkan People.


Setelah beberapa bulan bebas dari alkohol, bintang berusia 27 tahun ini mengaku banyak perubahan positif yang berlaku ke atas dirinya.


“Saya boleh tidur dengan tenang. Saya selesaikan masalah dengan lebih baik. Misalnya jika ada masalah berlaku di set penggambaran yang akan membuat mood saya berubah, saya sudah boleh menerimanya dengan baik.


“Mental saya menjadi lebih jelas. Saya juga lebih sihat dan cergas,” dedah Holland.


Malah hal yang lebih mengujakan bagi Holland adalah bagaimana percubaan berhenti mengambil alkohol ini turut mempengaruhi keinginan ibunya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/13/191846ujlq0jqo2oeoq9hp.jpgIG




“Ibu saya peminum yang sangat tegar. Tapi selepas dia melihat saya berhenti minum, dia mendapat inspirasi daripada saya dan ikut melakukannya.


“Apa yang boleh saya katakan saya rasa hebat bila tidak lagi bergantung atau minum alkohol,” katanya penuh teruja.




Sumber: Gempak

Perawankota Publish time 14-7-2023 03:00 AM

Harps kekal lah Berhenti minum..

dua_chzy Publish time 14-7-2023 10:00 AM

Good for you.

Aiols heart Tom Holland.

Yoonggi Publish time 21-7-2023 11:51 AM

aiyo, gmbr atas sekali tu, tokojut den nengok eh

Page88 Publish time 15-8-2023 07:14 AM

One needs inspiration to stop drinking??? Sad.

hayati_hassan Publish time 2-9-2023 12:23 PM

alcohol & drug perkara biasa bagi hollywood
Pages: [1]
View full version: 'Spider-Man' Mengaku Kaki Botol, Teruja Dapat Jadi Inspirasi Untuk Ibu Berhenti Minum


ADVERTISEMENT