CARI-MAL Publish time 13-7-2023 06:29 PM

Seram Bila Kak Long Sarungkan Cincin Bagi Amaran - “Kahwin Elok-elok, Kalau Gaduh Aku Rembat Kau”

Tular video momen bakal pengantin perempuan disarungkan cincin secara santai oleh bakal kakak ipar di sebuah kedai makan yang terletak di Puncak Alam.


Berlangsung dalam suasana relaks dan bersahaja, video perkongsian @aidadaud7 ini menunjukkan bagaimana seorang wanita dipanggil Kak Long merisik bagi pihak adik lelakinya sebelum bertindak menyarungkan cincin ke jari gadis itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/13/182751a30e61su70ww1s0w.jpg



"Alhamdulillah, selesai tugasan Kak Long lamar bakal isteri untuk adik kita," tulisnya di ruangan kapsyen.


Dalam video berdurasi 22 saat itu, dapat dilihat ibu dan bapa kepada gadis tersebut turut berada di meja makan dan duduk di sebelah Kak Long.


Disebabkan upacara merisik berlangsung tanpa protokol, ibu kepada gadis berkenaan hampir menyarungkan cincin di jari anak perempuannya sendiri.


Menyedari perkara itu, Kak Long segera mengambil alih 'tugas' menyarungkan cincin.


Kelihatan hubungan mereka begitu akrab dan mesra kerana masing-masing tidak kekok dalam pertemuan tersebut.


Malah, gadis berkenaan juga nampak begitu gembira dan teruja sewaktu menghulurkan jari untuk disarungkan cincin merisik.


Dalam pada itu, tindakan bakal kakak ipar gadis tersebut yang sempat memberi 'amaran' awal kepadanya menjadi perhatian ramai.




202307up_168924408073


"Kahwin elok-elok, kalau gaduh aku 'rembat' kau," ujar Kak Long bersahaja, dengan nada bergurau.


Semua yang berada di kedai makan itu ketawa mendengar gurauan itu dan 'amaran' itu bagai disambut baik oleh ibu bakal pengantin.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/13/182752de9gk91pqpi1q7m9.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/13/182752jb4sqeq75uemzsb3.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/13/182752rpe3eztnesz6hst3.jpg





Malah, rata-rata netizen memuji hubungan erat dan kesederhanaan upacara merisik yang dipaparkan dalam video itu.




Sumber: mStar

OshinDaSolja Publish time 13-7-2023 06:45 PM

dengar tu dik,,jaga bakal suami tu elok2... semoga kekal till jannah...

Goodluckdontcry Publish time 13-7-2023 11:26 PM

Hidup zaman ni, baik buruk semua nk ditontonkan... seolah2 takde privacy utk mereka..awat batak sgt org zaman skrg dgn perhatian??mmg gila perhatian?? Atau sedari dlm perut, ko mmg seorg yg gila mencari perhatian??? Sakit betul jiwa masyarakat madani waktu ini... harktuihh

mawardia Publish time 13-7-2023 11:32 PM

Rembat la adik kau dulu.
Sesuka ati je nak rembat anak org.

midori888 Publish time 14-7-2023 08:14 AM

lamar anak dara org kat kedai mkn? how unclassy...

kucingitam Publish time 14-7-2023 10:16 AM

bakal jadi ipar toxic ni..skrg ye nampak kelakar santai..kau tunggu je lah..

KamikuP Publish time 14-7-2023 11:20 AM

Kawen sesama sepupu kot - kataku serkap jarang

liyamariska Publish time 17-7-2023 02:57 AM

midori888 replied at 14-7-2023 08:14 AM
lamar anak dara org kat kedai mkn? how unclassy...

tu yg ai terpikir bukan nk melamar anak dara org ni biasanya buat kt rumah pihak pompuan ataupun ai ni mungkin naif sgt tatau zmn skrg boleh wat melamar kt memana pun...

ataupun ni jenis berjimat cuma jemput family terdekat wat kt area kedai makan, lepas sarung cincin terus order makan minum senang konsepnya...


midori888 Publish time 17-7-2023 08:40 AM

Edited by midori888 at 17-7-2023 08:41 AM

liyamariska replied at 17-7-2023 02:57 AM
tu yg ai terpikir bukan nk melamar anak dara org ni biasanya buat kt rumah pihak pompuan ataupun a ...
kalu psl jimat, buat kat umah lagi jimat...buat tea break jer...kuih 2-3 jenis...jemput family 2-3 org dah cukup...pihak lelaki pun bawa 2-3 org

mamaazim Publish time 20-7-2023 09:50 AM

a ah ku pun saksi anak buah dirisik.. setakat ku suami isteri, kakak ipar ngan suami dia nanak beranak.. yg datang merisik belah lelaki tu pun mak ayah budak lelaki tu je.. so simple sbb merisik je... tunang nanti mai lah 4 ke 5 kereta...

aciksenah Publish time 24-7-2023 04:55 PM

Kenapa tak buat proper sikit. Mcm tak hormat keluarga perempuan pulak. Adab tu kena ada. Bukan pasal simle ke tak simple. Pasal hormat menghormati.

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 01:00 AM

selamat menempuhi alam pekahwinan.
Pages: [1]
View full version: Seram Bila Kak Long Sarungkan Cincin Bagi Amaran - “Kahwin Elok-elok, Kalau Gaduh Aku Rembat Kau”


ADVERTISEMENT