sepulnuar Publish time 21-12-2010 04:43 PM

[c] kisah seorang programmer [u]

Post Last Edit by sepulnuar at 22-12-2010 15:38

setiap hari dia akan mengadap komputer. setiap hari juga jari-jemarinya menekan papan kekunci. dia dan komputer memang tidak dapat dipisahkan lagi. suatu hari dia bertanya kepada dirinya sendiri, "sampai bila harus aku begini? c++,java,php,sql,vb,asp dan macam-macam lagi. bila masa aku nak pergi dating?" lalu dia mengambil keputusan untuk bercuti selama 3 hari. untuk mencari seorang awek. agar hidupnya tidak terasa bosan lagi.

hari pertama, dia berjalan-jalan di bandar. dia keluar pada pukul 8 pagi dan tiba di lokasi pada pukul 8.25 minit pagi. dia masuk kedalam bangunan yang bernama danga city. tetapi bangunan tersebut belum bukak lagi. jadi dia tidak dapat masuk dan duduk diluar sahaja sehingga pintu dibuka. sedang dia menunggu, seorang awek yang berasal dari negara vietnam berjalan menuju ke arah dia. dia berasa berdebar-debar tetapi dia berlagak cool sahaja. "abang, ini tempat pukul berapa buka?" tanya si awek vietnam tersebut dengan nada vietnamnya. "lebih daripada masa sekarang(if timeOpen > timeNow then open = true else open = false)", kata dia yang masih mengekalkan kecoolannya. awek vietnam itu pon pergi dalam keadaan yang terpinga-pinga.

hari kedua, dia mengambil keputusan untuk pergi ke kedai buku. harap-harap dapat berkenalan dengan awek barang seorang dua. tiba di lokasi, kedai buku diserbu oleh ramai orang-orang yang ingin membeli buku resepi masakan chef alif iskandar. chef alif iskandar adalah seorang chef yang berasal dari negeri sabah di bawah bayu. masakan beliau sangat disukai oleh awek-awek yang tak pandai memasak. termasuk awek-awek yang sedang membaca cerita ini. dia berasa tertanya-tanya, apa istimewanya buku resepi masakan chef alif iskandar ni? lalu dia pon mengambil buku tersebut dan pergi ke kaunter untuk membayar. kaunter pembayaran dijaga oleh seorang awek yang sangat cantik, atau lebih dikenali dengan nama cashier. disebabkan kecantikan cashier tersebut, dia berasa sangat berdebar-debar untuk membuat bayaran. "buku ni sahaja?" tanya cashier yang cantik tersebut. "erm...erm...erm...(do print "erm..." while true)". akhirnya, dia dibawa keluar oleh security sebab tidak dapat menjawab soalan yang senang macam soalan peperiksaan budak darjah satu.

hari ketiga, oleh kerana cuma tinggal satu hari sahaja lagi. dia mengambil keputusan untuk pergi ke taman bunga. taman bunga adalah tempat dating bagi pasangan-pasangan kekasih. ianya juga merupakan tempat yang sesuai untuk memutuskan hubungan percintaan. sedang dia berjalan-jalan seorang diri, dia ternampak seorang awek yang duduk seorang diri. lalu dia pon pergi mendekati awek tersebut. "sorang je?" tanya dia. "ha'a" ringkas awek tersebut. "boleh berkenalan?" tanya dia lagi. "boleh" jawab awek tersebut dengan senyuman. "nama saya azman(bukan nama sebenar). saya sorang programmer", katanya dengan agak bangga. awek tersebut tersipu-sipu berkata "nama saya suzie(nama glamour). saya seorang pondan ataupon bapok". tanpa berlengah lagi, dia pon berlari dengan sekuat hatinya dari tempat kejadian dengan harapan pondan ataupon bapok itu tidak dapat mengejarnya dari belakang. sampai sahaja di rumah, di pon terus tertidur kerana penat berlari sejauh 18 kilometer pada kelajuan 8.4 kilometer sejam.

hari keempat, seperti hari-hari yang selalu dilaluinya. dia duduk dihadapan komputer lagi. terus buat coding sampai lebam. tamat.
Pages: [1]
View full version: [c] kisah seorang programmer [u]


ADVERTISEMENT