mattzzx Publish time 13-7-2023 03:38 PM

Hamilton, Shakira dilamun cinta?

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/lw_1689218539.jpg
HUBUNGAN Shakira dan Hamilton semakin rapat. FOTO Twitter

London. Status hubungan Lewis Hamilton dan Shakira terus menjadi bualan hangat selepas dia yang tampil menyaksikan Grand Prix (GP) British Ahad lalu berhibur di kelab malam pada awal pagi bersama juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1) itu.

Spekulasi semakin menarik sama ada hubungan di antara pelumba F1 paling berjaya itu dengan ikon pop Shakira bukan setakat kawan biasa susulan pasangan itu beberapa kali dilihat keluar bersama sejak beberapa bulan lalu.

Selepas menyertai Hamilton dan beberapa rakannya di atas kapal pelayaran sejurus berakhir GP Miami pada Mei lalu, pasangan itu menikmati makan malam bersama di Barcelona menjelang GP Sepanyol, malah mereka tampak intim dengan Hamilton memaut pinggang Shakira.

Shakira kemudiannya menonton GP British di tempat Hamilton sendiri apabila dia mencatat rekod podium ke-14 di Litar Silverstone dan mereka meraikannya di kelab malam bersama, menurut The Sun.

Sumber menyatakan: "Selepas menonton Lewis menduduki tempat ketiga di Silverstone, Shakira menyertainya berparti di kelab malam Tape.

"Mereka duduk di bahagian VIP dan Shakira berbual mesra dengan Lewis bersama tetamu yang lain sebelum penyanyi itu beredar pada jam 3.30 pagi.

"Shakira memasuki limosin yang membawanya ke Hotel Café Royal manakala Lewis terus kekal bersama rakan-rakannya sehingga jam 6 pagi."
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/07/987178/hamilton-shakira-dilamun-cinta
Pages: [1]
View full version: Hamilton, Shakira dilamun cinta?


ADVERTISEMENT