Raline Publish time 12-7-2023 04:25 PM

Threads didakwa ‘kuat makan bateri’

Threads didakwa ‘kuat makan bateri’

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/threads-bateri.webp
Sejak mula dilancarkan Rabu minggu lepas, Threads telah melepasi angka 100 juta pengguna berdaftar dengan lebih 95 juta hantaran telah dimuat naik. - AFP


WASHINGTON – Pengguna platform media sosial yang baru dilancarkan, Threads mendakwa aplikasi tersebut menyebabkan bateri telefon pintar mereka menjadi lemah dengan cepat, lapor akhbar New York Post.

Beberapa komen yang diambil daripada platform milik syarikat Meta itu memaparkan pengguna mengadu mengenai masalah tersebut.

“Saya tidak akan menggunakan Threads sehingga ia berhenti menjadikan bateri telefon saya lemah,” kata seorang pengguna.

“Aplikasi Threads mengumpul terlalu banyak data latar belakang sehingga ia melemahkan bateri telefon pintar lebih pantas berbanding aplikasi lain,” kata pengguna lain.

New York Post telah meminta komen daripada Meta berhubung isu tersebut, namun masih tiada jawapan diberikan.

Sejak mula dilancarkan pada Rabu minggu lepas, Threads telah melepasi angka 100 juta pengguna berdaftar dengan lebih 95 juta hantaran dimuat naik.

Ketika popularitinya semakin meningkat, pesaingnya, Twitter pula menyaksikan trafik pengguna merosot sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, demikian menurut laman berita teknologi, Verge. – Agensi


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07/12/threads-didakwa-kuat-makan-bateri/

Pages: [1]
View full version: Threads didakwa ‘kuat makan bateri’


ADVERTISEMENT