tatod Publish time 11-7-2023 05:20 PM

Shahid Kapoor Rasa Hidup Musnah Selepas Gambar Cium Kareena Tersebar

Pelakon Bollywood, Shahid Kapoor mendedahkan dunianya musnah selepas gambarnya berciumaan dengan Kareena Kapoor tersebar ketika mereka masih bercinta.


Biarpun kejadian itu berlaku pada 2004, namun perasaannya ketika itu bercelaru apatah lagi ketika orang ramai memperkatakan isu tersebut selain diperbesarkan hingga menjadi kontroversi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/11/171925c4t0t2t88qd2qhgq.png



Walaupun ketika itu sosial media belum sepantas sekarang, video berciuman itu terus menjadi muka depan akhbar.


Pada ketika itu, aksi intim termasuk berciuman pada era tersebut dianggap sesuatu yang kurang sopan, terutama membabitkan pasangan belum berkahwin.


Sudah pasti Shahid dan Kareena dikecam ramai, tetapi kejadian yang berlaku pada waktu usianya 24 tahun itu dianggap sebagai pengalaman berharga.


Walaupun masing-masing mempunyai kehidupan sendiri, persahabatan dua bintang sensasi itu masih terjalin sampai ke hari ini.




Sumber: Kosmo! Online

prince_marhaen Publish time 12-7-2023 11:05 AM

Dunia hiburan yindia dia punya kepoh sama macam yindon kan.... bolehbuat orang bunuh diri... retis sendu malaysia je selamat siap guna kontroversi bodoh nak naik...disanjung-sanjung wartawan & peminat bodoh..
btw kat sana aneh ye, joget2 pakai baju separuh bogel warna-warna tak taboo, scene cinta sampai nak romen diorang suka, perogol dan pencabul ramai, tapi.....bila artis kat luar pegang tangan pun kepoh macam orang tu beromen depan public..

Minami2013 Publish time 12-7-2023 11:44 AM

Masalah nya zaman aamir khan muda punye cerita pun dah ada scene bercium mulut.

iolss Publish time 12-7-2023 05:33 PM

dlm movie jab we met tu bkn depa bercium ka? heran apaa :lol:

borrow Publish time 14-7-2023 05:36 PM

cium kat restoran ke kat mana ntah. tp kat public kan. rasanya soal adab. dlm drama/filem semua boleh redah. kat msia pun sama haha.
Pages: [1]
View full version: Shahid Kapoor Rasa Hidup Musnah Selepas Gambar Cium Kareena Tersebar


ADVERTISEMENT