CARI-MAL Publish time 11-7-2023 08:37 AM

Ah, Seram! Hantu Masuk Dalam Gambar Selfie Kim Kardashian Ketika Sendirian Di Rumah

Seram betul bila Kim Kardashian berkongsi pengalaman terakam entiti berupa wanita muncul dalam selfie di rumahnya pada minggu lalu.


Menerusi perkongsian foto dan kapsyen yang dikemas kini dalam laman Instagramnya, Kim mengatakan dia tidak menyedari telah merakam imej tersebut sehingga melihat semula gambar yang dirakam baru-baru ini.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/11/083539qgimfvovff34b3nm.jpgIG




“Jadi saya ambil selfie pada minggu lalu. Saya bersendirian di rumah. Saya kini melihat semua galeri foto di telefon bimbit dan terkejut melihat ini.


“Saya selfie tetapi ada bayangan wanita lain di tingkap,” tulis Kim seperti dilaporkan media tempatan.


Melihat kepada foto yang dikongsikan, Kim dilihat merakamkan selfie dirinya tanpa calitan solekan dengan rambut diikat tinggi. Dia memakai baju berwarna merah jambu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/11/083539cunnf44bztwktend.jpg



Terlihat dengan jelas di dalam foto yang dirakamkan adalah bayang seperti imej seorang wanita juga dengan gaya mengikat rambut tetapi tangan seperti sedang bercakap di telefon.


Perkongsian tersebut telah membuat ramai peminat meninggalkan komen termasuk menasihatkan mantan isteri Kanye West itu berhati-hati.




Sumber: Gempak

prince_marhaen Publish time 11-7-2023 09:33 AM

hidup dah biasa propa, ntah-ntah tu pasu tepi tingkap ke, tak pun patung2 pelik statue2 ke... atau maid dia ke...
btw she lawo tak mekap, dah mekap jadi serupa ponen nak pi drag kat majlis malam hadrah kat kampung2 zaman dulu.. hahahaha..

apedehal Publish time 11-7-2023 10:54 AM

Bongoknyahh kim..saka sendiri pun xkenal{:8_651:}

makneng Publish time 11-7-2023 01:31 PM

Hantu jumpa hantu…stended la…enjoy je moment tu kimk

Perawankota Publish time 11-7-2023 02:40 PM

Sendiri punya shadow agaknya

kucingitam Publish time 11-7-2023 03:53 PM

reflection kau la tu kim...tulah suruh gi sekolah, ponteng.. kau pun dah mcm ummah nusantara..sikit2 seram, sikit2 hantu...bnyk baca mastika kot dia ni

Kentot_Wangi Publish time 11-7-2023 09:22 PM

Antu raya kanye west, lupe nak ambik.. Haha

iolss Publish time 12-7-2023 05:37 PM

hahahaha komen korang ni pon ;P

marchikobonzo Publish time 15-7-2023 11:57 AM

Cik pon amerika

habisnamadahni Publish time 25-7-2023 12:11 AM

hantu ada shadow

chiyoasuka Publish time 25-7-2023 03:51 AM

bukannya dia ka tu:lol:
Pages: [1]
View full version: Ah, Seram! Hantu Masuk Dalam Gambar Selfie Kim Kardashian Ketika Sendirian Di Rumah


ADVERTISEMENT