mattzzx Publish time 10-7-2023 06:02 PM

Azeem sasar 10s di Bangkok

https://assets.bharian.com.my/images/articles/jemsoksk_1688981542.jpg
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi melakukan daftar masuk di KLIA2 sebelum berlepas ke Bangkok, Thailand bagi menyertai Kejohanan Olahraga Asia 2023. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

SEPANG: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mengintai peluang untuk mencatat masa 10 saat (s) apabila turun beraksi di Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand yang membuka tirai saingannya, Rabu ini.

Pelari berusia 19 tahun itu, berkata dia mahu berusaha untuk merekodkan catatan berkenaan bagi mengesahkan tiket secara merit ke Kejohanan Dunia 2023 dan Sukan Olimpik Paris 2024.

Katanya, kehadiran jurulatihnya, Ken Harnden yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat (AS) ke Bangkok turut memberikan motivasi tambahan buat dirinya untuk mencipta keputusan positif pada kejohanan kali ini.

"Sebenarnya kami (Azeem dan Harnden) di sini (Kejohanan Asia) untuk layak secara merit ke Kejohanan Dunia dan apabila saya dapat capai catatan 10s di sini adalah lebih baik dan secara automatik layak ke Olimpik Paris 2024.



"Namun, itu hanyalah perbincangan awal saya dengan jurulatih dan saya tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri. Apa yang paling penting adalah saya boleh kekalkan momentum untuk catat bawah 10.20s," katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Bangkok di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) di sini, hari ini.

Azeem yang memegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s, berkata dia turut berharap dapat menaiki podium dalam penampilan pertamanya pada kejohanan kali ini.

"Ramai tahu ini adalah kejohanan pertama saya sejak kali pertama saya balik untuk mewakili Malaysia dan sudah pasti saya mahu melakukan sesuatu. Tiada tekanan dan saya tidak mahu memberi tekanan kepada saya sendiri.

"Saya tahu di mana saya berada sekarang dan insya-Allah saya akan cuba terbaik untuk sekurang-kurangnya tamatkan perlumbaan di kedudukan podium," katanya yang ketika ini berada di kedudukan ranking nombor empat di Asia.

Dia yang melanjutkan pengajian dan mengikuti program latihan di Universiti Auburn di AS, berkata Kejohanan Asia kali ini turut menjadi kayu pengukur untuk dia dalam persiapan menghadapi Sukan Asia Hangzhou, September depan.
https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2023/07/1124849/azeem-sasar-10s-di-bangkok
Pages: [1]
View full version: Azeem sasar 10s di Bangkok


ADVERTISEMENT