CARI-MAL Publish time 10-7-2023 03:57 PM

Tak Reti Cakap 'Tak Nak', Pemuda Dilema Abang Minta Tolong Jadi Penjamin - "Tapi Dah Banyak Terhutang Budi..."

Serba salah, serba tak kena jadinya apabila mahu menolak daripada menjadi penjamin pinjaman dibuat abang sendiri.


Menerusi luahan yang disiarkan Twitter @pedoqpop, pemuda ini serba salah apabila abangnya memohon pertolongan kerana mahu membeli sebuah kereta baharu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/10/155436esrv6frfnsf0h37s.jpgGambar hiasan




Bukan enggan membantu adik-beradik sendiri, namun pemuda tersebut berkata dia sekadar mengambil langkah berhati-hati kerana tidak mahu akhirnya 'terjerat' dengan masalah di kemudian hari.


Pun begitu, dia menjadi serba salah apabila dia sudah banyak terhutang budi dengan abangnya, justeru dia kini buntu sama ada mahu bersikap pentingkan diri ataupun 'mengorbankan' diri sendiri demi membalas jasa abangnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/10/155436fbrzxrybhctdutpt.pngTwitter




Bagaimanapun, majoriti netizen menyarankan agar pemuda berkenaan menolak untuk menjadi penjamin sebagai langkah berhati-hati bagi mengelakkan situasi tidak diingini berlaku kelak.


Malah, ramai juga yang berkongsi kisah berdasarkan pengalaman masing-masing yang merana pada akhirnya, akibat terlalu baik hati mahu membantu adik-beradik ataupun saudara mara.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/10/155436l5wwii1hzv111pi1.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/10/155436t5f7zj67ki76r3bj.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/10/155436haifye58atylfanq.jpg







Sumber: mStar

nurul_akmar Publish time 11-7-2023 01:53 PM

sooner or later ko mesti gaduh jugak ngan abg ko.. bila ko dh ragu2 nk jd penjamin tu, meaning ko tau perangai abg ko tu mcm ne.. mungkin culas nk byr.. sbb tu la.. kalau abg ko jenis byr hutang on the spot,konfem x viral dh confession ko ni.. ko sign je tanpa berkira..so senang je.. ko tolak je la dr jd penjamin.. walaupun ko akan perang besar ngan abg ko.. atleast ko gaduh, hutang x kena byr.. dr later nnt ko gaduh jugak ngan abg ko, tp ko mcm pengemis merayu2 minta dia byr hutang kt bank.. paling kronik, ko yg kena sambung bayar..

UMMI_MAI Publish time 11-7-2023 02:14 PM

betul ke ni? setahu sya utk kereta , guarantor adik beradik tidak diterima kecuali suami isteri or ibu atau bapa

ally9970 Publish time 11-7-2023 02:19 PM

Apa yg abang kau tolong yg buat kau rasa terhutang budi tu?

fatimahmarkonah Publish time 11-7-2023 03:36 PM

Sil meols pn req husband meols jd guarantor dia nk beli kete. Nasib husband meols xmo. Dolu2 siap pkai postpaid guna husband meols pny nama pastu xbayoo. Smpai kne blacklist.

salimrock Publish time 12-7-2023 10:56 AM

ckp je , amik la loan yg tak perlu guarantor...

ada je loan tak perlu guarantor,

ni amik loan melebih paras la ni

midori888 Publish time 12-7-2023 01:32 PM

meols dah lama pesan kat adik meols, jgn nak guarantor sapa2 pun...

Zeatyisaac Publish time 12-7-2023 06:49 PM

I pun pernah ada orang request Suh jadi guarantor, tapi I cakap siap2, tak lepas sebab sebagai penjawat awam, I tak boleh mempunyai hutang melebihi 60,% gaji, kalau tak SPRM cari. Jadi guarantor pun tak boleh lebih dari 20x gaji sebulan. Nanti SPRM cari. Gitulah I jawab.

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 02:02 AM

Xpyh la nnti ada apa2 diri sndiri yg tnggung.. byk dah kes mcm ni, yg menanggung akibat yg menolong tu la
Pages: [1]
View full version: Tak Reti Cakap 'Tak Nak', Pemuda Dilema Abang Minta Tolong Jadi Penjamin - "Tapi Dah Banyak Terhutang Budi..."


ADVERTISEMENT