CARI-MAL Publish time 10-7-2023 03:36 PM

David Beckham Masih Simpan Tiket Tren Victoria Ketika Pertama Kali Bertemu 24 Tahun Lalu

David Beckham mendedahkan masih menyimpan tiket tren London Underground milik isterinya, Victoria Beckham ketika mereka pertama kali bertemu 24 tahun lalu.


Bintang bola sepak terkenal berusia 48 tahun itu berkata, dia menyimpan tiket berkenaan kerana Victoria pernah menulis nombor telefonnya di atas tiket berkenaan dan ia mempunyai memori tersendiri buat mereka.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/10/153525figxbewtizxejwg9.jpgIG




Dedah David, dia bertemu dengan Victoria sebelum perlawanan bola sepak Manchaster United pada 1997 dan mereka berbual hampir satu jam di ruang menunggu pemain.


"Sejam kami berbual dan sebelum dia pulang, Victoria menulis nombor telefonnya pada tiket tren miliknya yang saya simpan sehingga ke hari ini.


"Detik itulah kami mula berkenalan dan 24 tahun kemudian, kami sudah memiliki empat orang anak," katanya.


Dalam pada itu, David berkata, terlalu banyak perkara luar biasa tentang Victoria yang sukar dijelaskan membuatkan dia terpaut hati dengan anggota kumpulan Spice Girls itu.


"Saya tak mampu nak sebut satu perkara istimewa tentang Victoria kerana dia mempunyai pakej keseluruhan, saya terus jatuh cinta padanya," katanya.


Untuk rekod, David dan Victoria mendirikan rumah tangga pada Julai 1999 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn, 24, Romeo, 21, Cruz, 18 dan Harper, 12.




Sumber: mStar

dua_chzy Publish time 10-7-2023 03:46 PM

Hensem betul Beckham ni dulu. Macam Liam Hemsworth punya boy next door look.

dua_chzy Publish time 10-7-2023 03:47 PM

*Liam zaman mudah rumaja

kucingitam Publish time 10-7-2023 03:48 PM

sebijik copy paste si Brooklyn dgn apaknya masa muda

hareeeesah Publish time 10-7-2023 03:58 PM

Mmg suka btul tgk depa 2 ni tp skrg tgk mcm beck ni nampak lembam je posh lg nampak gagah..

Sazreena Publish time 10-7-2023 04:34 PM

Walaupun pernah terkantoi ngan acik rebeka lus, kuat jugek jodoh dorang ek.

delia3003 Publish time 10-7-2023 08:45 PM

Jambu DB zaman muda. Lawa VB zaman ada isi sket. Tapi dah tuan badan sendiri lagi suka body kurus kering macam sekarang

alesandra Publish time 11-7-2023 04:38 PM

Baru ni ada la video harper ngan bapak dia masak apatah sesat masuk dlm reels aku syukurlah anak pompuan diorg x jadi skeleton mcm maknya

liyamariska Publish time 12-7-2023 01:55 AM

Edited by liyamariska at 12-7-2023 01:58 AM

biasa2 jer rupa Victoria kalu tak mekap... David antara pemain bola England yg tampan...

borrow Publish time 12-7-2023 09:29 AM

-nRNzDbO_lQ

:lol: . boleh plak pacit db share pic tu. Berisi lg Posh . Pic kawen sheols dh skinny. Posh eating disorder , DB ada ocd. Kena kemas & atur barang ikut "law" heols.

iolss Publish time 12-7-2023 05:42 PM

segak heols ms muda2... dlu2 iols penah mnyibuk2 la ms ayah iols tgk premier league zaman mmt ni tgh mndonia.. ayah i pokus game.. i pokus kt acik bekam. ;P;P

anony-mous Publish time 18-7-2023 03:35 AM

Hensemnya beckham. Dlu rasa dia x sesuai dgn posh. Sb posh xlawa sgt. But now posh aging gracefully. Suka tgk posh nmpk kemas. Rutin mkn dia bkn biasa2. Hasilnya meletops

Yoonggi Publish time 21-7-2023 11:43 AM

romantik rupanya beckham ni. aku suka tgk bini dia nye dressing, mcm yg kt bwh ni




classy


Page88 Publish time 15-8-2023 07:17 AM

Nice to know.

laicibiru Publish time 20-8-2023 04:32 PM

now i paham kenapa semua gadis pernah tergilakan dia
Pages: [1]
View full version: David Beckham Masih Simpan Tiket Tren Victoria Ketika Pertama Kali Bertemu 24 Tahun Lalu


ADVERTISEMENT