Raline Publish time 10-7-2023 01:15 PM

Isteri Dah Bagi RM10K Setiap Bulan Tetap Diceraikan, Suami ‘Biawak Hidup’ Lebih Pilih Janda Anak Satu

Isteri Dah Bagi RM10K Setiap Bulan Tetap Diceraikan, Suami ‘Biawak Hidup’ Lebih Pilih Janda Anak Satu

https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2023/07/10130854/Image--41.png

Melalui hantaran seorang perunding psikologi keluarga dan guaman Syarie, Suzana Ghazali di Facebook baru-baru ini telah menarik perhatian orang ramai setelah berkongsi kisah perit yang dilalui oleh anak guamnya

Dalam hantaran yang dikongsikan, wanita terbabit diceraikan oleh suami dengan talak satu gara-gara bertanya mengenai seorang wanita lain yang turut serta dalam percutian suaminya.

Si isteri hanya kirimkan mesej melalui WhatsApp, tiba-tiba apabila suami naik ke rumah, wanita tersebut terus diceraikan talak satu.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1011507270225562&id=100040988959123&ref=embed_post


Terkejut dengan situasi yang berlaku, client Suzana telah pun merayu kepada suaminya untuk rujuk semula, namun lelaki terbabit kekal dengan keputusannya untuk berpisah.

Isteri itu memberitahu dia sama sekali tidak pernah mengongkong suaminya serta memberi wang gaji sebanyak RM10,000 setiap bulan hanya untuk memantau butik wanita terbabit sekali seminggu.

Difahamkan, suami wanita itu lebih memilih untuk berkahwin dengan janda anak seorang, malah janda terbabit turut berhadapan dengan wanita itu.

Dalam situasi itu, Suzana sempat menasihati wanita terbabit untuk redha dengan ketentuan Ilahi dan mengetahui suami hanya mempergunakannya untuk kepentingan diri.

SUMBER : Facebook
https://beautifulnara.com/isteri-dah-bagi-rm10k-setiap-bulan-tetap-diceraikan-suami-biawak-hidup-lebih-pilih-janda-anak-satu/

shida81 Publish time 15-7-2023 10:12 PM

Jap lg gile talk ngn exbini.. Sp nk bg 10k skang

Tiggybiru Publish time 19-7-2023 11:21 PM

Haha duit bukan segala-galanya sis

jazaa100 Publish time 18-11-2023 09:59 AM

Wujud ek pompuan tak blh pikir mcm ni...
Pages: [1]
View full version: Isteri Dah Bagi RM10K Setiap Bulan Tetap Diceraikan, Suami ‘Biawak Hidup’ Lebih Pilih Janda Anak Satu


ADVERTISEMENT