tatod Publish time 10-7-2023 11:45 AM

Harry Styles Mangsa Terbaru Keganasan Penonton Konsert

Vienna: Penyanyi, Harry Styles, 29, cemas apabila terkena objek berbahaya yang dibaling penonton ketika penyanyi itu membuat persembahan sempena konsertnya yang diadakan di sini, baru-baru ini.


Kejadian yang berlaku hujung minggu lepas itu dirakam peminat dan tular di media sosial.


Dalam rakaman tersebut, Styles dilihat menahan kesakitan berjalan meluru ke belakang pentas sambil menutup matanya.


Tiada tangkapan dibuat dan sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan jenis objek yang dibaling ke arah penyanyi berkenaan.


Insiden tersebut bukan yang pertama berlaku kepada Styles. Sebelum ini dia pernah dibaling sejambak bunga dan botol plastik yang hampir mengenai organ sulitnya.


Selain Style, beberapa penyanyi antarabangsa turut menjadi mangsa keganasan penonton konsert antaranya penyanyi rap, Drake, Bebe Rexha, Pink, Ava Max dan ramai lagi.


Insiden yang dilihat seperti trend yang semakin menjadi-jadi itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan ramai penyanyi terutamanya yang sering terlibat dengan konsert dan persembahan pentas.




Sumber: Utusan

KamikuP Publish time 10-7-2023 02:38 PM

Yg tengok k0nsert berok belaka kot

marchikobonzo Publish time 15-7-2023 11:59 AM

Meh la datang sini, orang sini punya berebut nak beli ticket..

delia3003 Publish time 16-7-2023 12:17 AM

Bebe Rexha tu kesian sampai berjahit. Amenda lah diorang ni dah macam tak betul semua, ke gila content.

meowww05 Publish time 17-7-2023 08:13 AM

Harry ni kalau tengok live concert dia bagus sgt dgn peminat, tp tu la peminat ni ada jgak yg bahlol.

Yoonggi Publish time 21-7-2023 11:49 AM

klu nk baling, baling la benda yg lembut, & pastikan bkn aim kt penyanyi tu. asal sampai kt stage dah ler. tau ler nnt deme nk kutip tu

alesandra Publish time 21-7-2023 12:51 PM

Klau zaman rock glam80an,90 an dulu konsert motly crue,guns n rosesdiorg balingbra, panties.zaman ni baling hpsampai berjahit tu mmg bodoh laa

Page88 Publish time 15-8-2023 07:15 AM

Throwing things at celebrities has become a thing.
Pages: [1]
View full version: Harry Styles Mangsa Terbaru Keganasan Penonton Konsert


ADVERTISEMENT