tatod Publish time 9-7-2023 09:24 PM

Beli Flat Dapat Banglo! Pemilik Buat Sambungan Besarkan Rumah

Satu foto tular di Twitter memaparkan sebuah unit flat aras bawah yang ditransformasikan seolah-olah menjadi sebuah rumah teres.


Dalam gambar itu, unit flat tersebut mempunyai sebuah beranda tempat letak kereta yang dibina di atas tanah hak milik majlis perbandaran.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/09/212301ysvbdr66brdogvog.png



Di belakang beranda itu juga kelihatan ada binaan tambahan yang bersambung dengan unit asal berkemungkinan menempatkan ruang tamu rumah berkenaan.


Lebih menimbulkan kemarahan ramai apabila tanah di sekeliling unit flat itu dianggap sebagai halaman persendirian oleh tuan rumah apabila dia menanam pelbagai pokok hiasan dan juga meletakkan ampaian bajunya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/09/212325vwaz6gxez5znq8xy.jpgCiapan asal



Tindakannya itu ternyata tidak adil untuk penduduk lain di flat berkenaan selain melanggar piawaian yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar secara sinis tindakan pemilik unit itu yang mementingkan diri.




Sumber: mStar

Carcosa Publish time 9-7-2023 11:38 PM

Kenapa nak marah owner rumah tu pulak?
Marahla Penguatkuasa yg tak nampak /buat2 tak nampak. Owner2 flat perangai bangkai mcm ni, semuanya try luck je. Kalau lepas, ok. Kalau tak lepas, ok. Anak kita kan, kalau diorang buat salah, kita tak marah, tak tegur, cemana dia nak berubah? Besok dia buat lagi, besoknya buat lagi. Lepas tu kawan2 dia yg nampak, pun buat bende salah yg sama. Then bende tu bersambung2 la. Mcm rumah flat diorang :lol:

Zeatyisaac Publish time 10-7-2023 11:57 AM

Carcosa replied at 9-7-2023 11:38 PM
Kenapa nak marah owner rumah tu pulak?
Marahla Penguatkuasa yg tak nampak /buat2 tak nampak. Owner2...

Betul tu. Penjenayah sentiasa betul, yang salah ialah penguatkuasa yang gagal menjalankan tugas. Everyone is opportunists legally or illegally. The law enforcement needs to put the boundaries and do your job please!

seri_mawr Publish time 10-7-2023 12:20 PM

dulu aku duk rumah flat jugak.....zaman anak 1....tapi aku ok jah jiran bawah rumah aku besarkan rumah...sampai xde kaki lima nak lalu...hahaha rumah dia rapat ke longkang tu...
cuma time hujan basah le klu x berpayung...idak le aku or jiran2 sekitar nak merepot...and x pernah lagi aku nmpk rumah dia viral..dia pun bukan jenis mesra alam pun..buat kenduri anak nya kawen idak dia jemput kami2 atas ni..hahhaa...khemah pasang sampai nak lalu pun payah..huhuhu..

ni cerita zamn 6 tahun lepas..now aku dah pindah...dah jual pun rumahnya..nnti free2 aku nak pi melawat jiran2 lama ni ahh...huhuhu

babelina Publish time 10-7-2023 03:42 PM

kdg pelik gak.. reno tu dh bertahun2.. kdg org tu dari ank sorg sampaikn dh bermenantu.. tp tu la.. pihalk berwajib buat bodo..apo nk dikatoooo hahah..

koko12 Publish time 26-7-2023 10:26 PM

Aiyoo beli landed house terus la. Kalau tak cukup duit trade dengan AMarkets dengan pemulaan harga sebanyak $100 sahaja tau !

chiyoasuka Publish time 27-7-2023 11:27 PM

beli jer rumah landed trus.. bknnya boleh pun nak renovate2 suka hati klu rumah flat mcm ni
Pages: [1]
View full version: Beli Flat Dapat Banglo! Pemilik Buat Sambungan Besarkan Rumah


ADVERTISEMENT