Raline Publish time 9-7-2023 09:06 PM

Titanic 'hidup' sehingga kini

Titanic 'hidup' sehingga kini

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/titanicang1_1688857802.jpg
BANGKAI Titanic. FOTO Woods Hole Oceanographic Institution /AFP



Los Angeles: Sejak tenggelam dalam pelayaran sulungnya lebih seabad lalu, kapal Titanic, masih diingati ramai.

Ia menjadi monumen kepada kemajuan teknologi pada zaman itu dan juga simbolik keangkuhan manusia dalam mengandaikan Titanic tidak akan tenggelam.

Baru-baru ini, ia sekali lagi mencuri tumpuan selepas lima orang maut selepas kapal selam pelancong dinaiki mereka untuk ke bangkai Titanic, meletup.

Menurut rekod, RMS Titanic berlayar pada April 1912 dari Southampton, England, menuju ke New York.

Ketika itu, ia adalah kapal terbesar pernah dibina. Ia ibarat istana terapung yang luas dengan kemewahan dek kelas pertama. Ia dilengkapi gimnasium, gelanggang skuasy, kolam renang dan pilihan tempat makan terkemuka.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/titanicang2_1688857805.jpg
REPLIKA tangga Titanic diperlihatkan pada satu pameran di Muzium Sains dan Industri di Chicago. FOTO AFP



Dek bawah pula menempatkan penumpang kelas bawahan.

Pada 14 April 1912, Titanic yang membawa 2,224 penumpang dan anak kapal melanggar bongkah ais, menyebabkan badan kapal pecah dan melengkung sebelum dimasuki air.

Kapal sepanjang 269 meter itu kemudian tenggelam dan tiada bot penyelamat yang cukup untuk membawa semua penumpang, malah anak kapal juga terkial-kial kerana tidak tahu cara mengendalikan situasi itu.

Beberapa jam selepas kejadian, kapal besar itu terbelah dua, dan terjunam ke dasar laut.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/titanicang5_1688857811.jpg
REPLIKA satu satu bilik kelas pertama di Titanic. FOTO AFP



Penumpang yang tidak berjaya menaiki bot penyelamat terkorban dalam masa beberapa minit dalam keadaan air dengan suhu beku.

Dianggarkan 1,500 penumpang meninggal dunia dan hanya 700 orang diselamatkan oleh RMS Carpathia, sebuah kapal wap transatlantik yang menjawab panggilan kecemasan Titanic.

Lokasi sebenar bangkai kapal itu kekal misteri selama 70 tahun sehingga ekspedisi Perancis-Amerika menemuinya yang terletak kira-kira 3,700 meter di bawah permukaan air.

Sejak ia ditemukan, bangkai kapal itu dikunjungi oleh penyelidik, penjelajah, pelancong dan pembuat filem.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/titanicang3_1688857807.jpg
LOCENG Titanic. FOTO AFP

Salah seorang pelawat yang paling terkenal adalah pengarah, James Cameron yang juga pengarah filem Titanic. Filem lakonan Leonardo DiCaprio dan heroin, Kate Winslet ditayangkan pada 1997.

Filem itu terkenal dengan lagu hit nyanyian Celine Dion, My Heart Will Go On, malah popularitinya kekal walaupun selepas tiga dekad.

"Ia hanyalah satu contoh bagaimana kisah Titanic nampaknya tidak pernah berakhir untuk orang ramai.

"Titanic mempunyai kualiti novelistic yang kekal... hampir mitos. Ia ada kaitan dengan, saya fikir, cinta dan pengorbanan dan kematian," kata Cameron pada sidang akhbar yang diadakan untuk ulang tahun ke-25 tayangan Titanic, awal tahun ini.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/titanicang4_1688857809.jpg
JAM tangan buatan Switzerland yang ditemukan berhampiran bangkai Titanic. FOTO AFP

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2023/07/985760/titanic-hidup-sehingga-kini



Pages: [1]
View full version: Titanic 'hidup' sehingga kini


ADVERTISEMENT