tatod Publish time 9-7-2023 04:57 PM

Lelaki Jauhi Vape Selepas Seminggu Di ICU, Dada Ditebuk, Simptom Bermula Masa Jogging

Seorang pemuda meluahkan rasa syukur apabila dia kembali sihat selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat menghisap vape pada Januari lalu.


Menurut Amirul Aiman, 26, dia sama sekali tidak menyangka akan berdepan detik getir itu dan menyifatkan ia sebagai pengalaman yang menginsafkan buat dirinya.


Imbas operator sebuah kilang elektronik itu, dia pada mulanya mengalami sesak nafas sebelum timbul komplikasi lain, memaksanya mendapatkan rawatan di sebuah hospital pada keesokan harinya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/09/165624bxjixx3adqqaxbea.png



"Rasanya dah tiga ke empat tahun saya hisap vape. Saya jadikan vape sebagai alternatif untuk kurangkan hisap rokok. Sepanjang tempoh itu, pernah je rasa sesak nafas kadang-kadang. Tapi saya buat tak tahu je.


"Dalam kejadian pada Januari lalu, saya tiba-tiba sesak nafas ketika jogging, badan juga rasa sakit. Paru-paru saya macam kena cengkam. Jadi saya balik rumah, makan ubat tahan sakit dan terus tidur.


"Bangun petang tu masih sakit. Saya tidur semula dan sedar pada waktu malam, sakit belum hilang. Sakit ketika baring, tidur mengiring baru okay. Esoknya masih sakit, saya terus ke hospital. Seminggu masuk ICU," ujarnya kepada mStar.


Menurut Aiman, pengalaman seminggu di ICU merupakan fasa menakutkan dalam hidupnya dan dia berdoa agar diberi kesembuhan serta dapat menjalani kehidupan normal semula bersama keluarganya.


"Saya masuk ICU sebab paras oksigen menurun. Selepas buat imbasan X-ray, doktor maklumkan paru-paru kanan kecut sebab saya hisap vape. Dada saya juga terpaksa ditebuk. Memang lain macam aura dalam ICU, kalau boleh tak nak masuk lagi.


"Doktor kata ramai sangat yang masuk hospital sebab vape. Masa dalam ICU, saya nekad nak berhenti hisap vape. Saya kesian tengok isteri, tengok mak saya datang melawat. Keluarga sedih tengok ada paip kat dada saya," imbasnya lagi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/09/165712czrldrivkvidqvw5.jpg



Aiman juga sempat menitipkan pesan kepada individu di luar sana agar menjadikan kisahnya sebagai pengajaran dan berharap mereka dapat perlahan-lahan meninggalkan vape.


"Saya suka-suka buat perkongsian agar ia jadi pengajaran kepada orang lain. Tak sangka pula video viral di TikTok. Memang benar vape sekarang macam trend. Saya sendiri berhabis RM100 atau lebih setiap bulan.


"Dulu saya tak pernah kisah tentang paru-paru. Buka mata cari asap. Lepas makan asap. Sebelum tidur asap. Tapi disebabkan asap paru-paru saya bocor dan ditebuk.


"Untuk individu di luar sana, yang dah terlanjur hisap vape, saya harap anda dapat berhenti. Cuba untuk berhenti. Kita masih muda. Kalau tak fikir kesihatan diri, sila fikir tentang keluarga," ujarnya lagi.




Sumber: mStar

Buritan Publish time 9-7-2023 05:16 PM

Seko je insopp yg beerjuta LG harammm..

Buritan Publish time 9-7-2023 05:16 PM

Seko je insopp yg beerjuta LG harammm..

OshinDaSolja Publish time 9-7-2023 05:45 PM

rimas dan benci dengan golongan vapers... kerajaan patut haramkan vape ni,,bukannya bg kelonggaran semata mata nakkan cukai.. bila kesihatan rakyat menjunam, produktiviti negara juga menurun... semakin rmai vapers semakin bnyk potensi for lung problems in the future...get ready la semua

https://www.kosmo.com.my/2023/03/31/ccc-sokong-usaha-kerajaan-perkasa-industri-vape-di-malaysia/

Binodino Publish time 9-7-2023 09:51 PM

OshinDaSolja: rimas dan benci dengan golonga ...

No wonder la bersepah kedai vape. Kerajaan ni tau tak kewujudan vape mushroom yang mengkhayalkan tu? Ke asal boleh bagi income kepada negara butakan mata je? Kalau macam tu legalize la ketum, ganja sekali. Boleh jana pendapatan jugak kan. Anak muda lingkup takpe asalkan hasil negara bertambah. Gituhhhhh

Jitu Publish time 9-7-2023 10:47 PM

org kata selagi bkn diri sendiri yg kena selagi tu tak insaf
tak usah la nasihat bt penat je
teringat dulu2 selalu layan rokok salem pergh sedap jugak ;P

CatMiow Publish time 10-7-2023 08:40 PM

Buritan replied at 9-7-2023 05:16 PM
Seko je insopp yg beerjuta LG harammm..

Bahaya bab sis, ada pengamal perubatan alternatif kongsi, masa buat rawatan, isteri mengandung kena efek vape (pasif), sekali si laki saja nak minta diagnose, sikit lagi jadi macam orang kat atas.
Dia kata badan semua dah panas, dan laki tu pun ngaku badan dia rasa pelik, last2 dia tinggalkan vape kat klinik je.

Dr tu kata, vape dan rokok,rokok lagi selamat, tapi lagi elok tak hiisap langsung.

Buritan Publish time 10-7-2023 09:53 PM

CatMiow replied at 10-7-2023 08:40 PM
Bahaya bab sis, ada pengamal perubatan alternatif kongsi, masa buat rawatan, isteri mengandung ken ...

Mmg la bahaya . Rokok Dan vape dua dua bahaya.. kurang sikit Dr dadah jee.. tp ramai yg tak kisah pun.. plg aku bengang hisap rokok dpn aku.. selamba aje aku pakai mask sape hisap rokok dpn aku.. at least Ade le keselamatan skit utk aku .

Buritan Publish time 10-7-2023 09:55 PM

CatMiow replied at 10-7-2023 08:40 PM
Bahaya bab sis, ada pengamal perubatan alternatif kongsi, masa buat rawatan, isteri mengandung ken ...

Satu lg lekaki yg hisap rokok bini ngandung tak takut ke anak cacat.. aku yg laki tak isap rokok masa ngandung punberdoapd Allah supaya baby aku sihat..

CatMiow Publish time 10-7-2023 10:11 PM

Buritan replied at 10-7-2023 09:55 PM
Satu lg lekaki yg hisap rokok bini ngandung tak takut ke anak cacat.. aku yg laki tak isap rokok m ...

Cacat tak cacat, tapi .....banyak akan kena athma, pernah sekali saya g emergency, yang banyak athma budak2, baby, todler dan kanak2, dalam 5 orang.

Dah lama2 tu baru tahu, bau nikotin yang melekat pada badan kita boleh merisikokan baby, mereka tetap jadi perokok pasif walaupun ayahnya merokok jauh2.

Perokok pasif ni lagi teruk kesan berbanding perokok aktif. Ni juga penyumbang terbesar penerima subsidi kesihatan kita, tu kerajaan tak nak orang merokok dan hisap vape.

Dulu kita salah faham, perokok cepat mati, tapi, hakikatnya seorang merokok pesakit akibat rokok boleh jadi 2,3 dan +++.(isteri, anak2, orang sekeliling yang lain). Tu yang kerajaan concern.

Perokok kesan jangka masa panjang tak kanser, masa tua memang sengsara. Paru2 kena pam sebab berkahak dan kena pakai oksigen, sengsara.

midori888 Publish time 10-7-2023 10:25 PM

my bro social vaper, dia tak pnh vape depan meols....byk kali dah tegur, dia pun tau tak elok vapping nie....now kalu ada video2 effect vape nie meols forward kat dia....semoga one day dia berhenti vape

Buritan Publish time 10-7-2023 10:36 PM

CatMiow replied at 10-7-2023 10:11 PM
Cacat tak cacat, tapi .....banyak akan kena athma, pernah sekali saya g emergency, yang banyak ath ...

Betul hang ckp.. anak anak aku.. aku sound awal awal.. jgn Cuba Cuba nak try vape ke rokok ke.. aku dpt tau perang Dunia ke 3 berlaku . Anak anak aku mmg tak berani dgn aku.. depa kaya mama baik tp. ..........

chiyoasuka Publish time 27-7-2023 11:30 PM

Rokok vape ni dua2 ni bahya. kwn ak perokok tegar tiba2 rasa sakit dada start dr situ smpi la skg tak prnh sebtuh rokok vape ni smua sbb dah insaf
Pages: [1]
View full version: Lelaki Jauhi Vape Selepas Seminggu Di ICU, Dada Ditebuk, Simptom Bermula Masa Jogging


ADVERTISEMENT