tatod Publish time 9-7-2023 04:52 PM

Tinggal Satu Lagi Kitaran Kimoterapi, Ibu Ubai Dikejarkan Ke Hospital Akibat Pendarahan Rahim

Personaliti media sosial Ubai memaklumkan ibunya kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Sabtu susulan mengalami pendarahan pada bahagian rahim.


Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, keadaan ibunya itu susulan disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga dan sudah pun melakukan pembedahan membuang organ berkenaan pada Januari lalu.


Kata Ubai, ibunya dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan secara tiba-tiba.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/09/165154rqze8jqza8piuzlq.png



"Ibu saya sekarang agak kritikal di hospital. Pagi semalam (Sabtu) berlaku pendarahan dan kami terus membawanya ke hospital.


"Ibu saya sudah hampir setahun menghidap kanser ovari tahap tiga malah sudah menjalani pembedahan membuang ovari pada Januari lalu.


"Kalau ikutkan dia tinggal satu lagi kitaran kimoterapi lagi tapi tiba-tiba keadaan jadi begini," katanya.


Berkongsi lanjut mengenai keadaan ibu, Ubai berkata, ibunya kini masih dalam pemantaun doktor selain terpaksa memakai alat bantuan pernafasan disebabkan oksigen menurun.


"Apa yang boleh saya katakan, semalam memang dia banyak kehilangan darah dan ditempatkan di zon merah tetapi sudah dipindahkan ke wad biasa.


"Pagi tadi tahap oksigen dia pula menurun dan doktor sudah pun memberikan alat bantuan pernafasan... Insya Allah petang ini baru saya boleh melawatnya," ujarnya.


Sebelum itu, Ubai memuat naik di Instastory miliknya memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan ibunya itu.




Sumber: mStar
Pages: [1]
View full version: Tinggal Satu Lagi Kitaran Kimoterapi, Ibu Ubai Dikejarkan Ke Hospital Akibat Pendarahan Rahim


ADVERTISEMENT