Raline Publish time 8-7-2023 07:41 PM

Letshanaa pertaruh kekuatan mental di final

Letshanaa pertaruh kekuatan mental di final


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/Letshana-1536x952.jpeg
LETSHANAA mara ke pentas final Kejohanan Badminton Kebangsaan selepas menundukkan Nur Shuhaini pada aksi separuh akhir hari ini.


PERSEORANGAN wanita negara, K. Letshanaa percaya kekuatan mental akan menjadi faktor kejayaan menjelang perlawanan akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara esok.

Dia yang merupakan pilihan kedua kejohanan akan membuat perhitungan dengan rakan sepasukan, Wong Ling Ching selepas menewaskan Siti Nurshuhaini Azman 9-21, 21-10, 21-15 di separuh akhir hari ini.

Letshanaa menjelaskan, aksinya ketika menentang Nurshuhaini masih belum sempurna dan sedia untuk memperbaiki kelemahan tersebut ketika berdepan Ling Ching di perlawanan akhir esok.

“Apa yang berlaku pada perlawanan hari ini (semalam), sangat jelas bahawa minda saya belum bersedia sepenuhnya. Ia sangat ketara pada set pertama apabila saya tewas kepada Siti (Nurshuhaini).

“Apabila minda tidak bersedia, pukulan jadi tidak bagus, justeru saya gagal melakukan pukulan yang saya mahukan dengan sempurna. Selain itu, ‘timing’ juga tidak bagus,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Bagaimanapun, Letshanaa mengakui dia kembali menemui sentuhan terbaik pada set kedua, namun masih belum berpuas hati kerana aksi keseluruhan tidak seperti yang dimahukan.

“Secara keseluruhan, prestasi saya hari ini tidak bagus. Saya tidak dapat melaksanakan permainan yang saya mahukan dengan baik tapi apa yang positif adalah mampu capai kemenangan.

“Saya juga sudah lama tidak berdepan Ling Ching, kali terakhir ketika dia berusia 16 atau 17 tahun dan kali ini dapat jumpa lagi. Saya yakin perlawanan kali ini lebih mencabar untuk saya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07/08/letshanaa-pertaruh-kekuatan-mental-di-final/

Pages: [1]
View full version: Letshanaa pertaruh kekuatan mental di final


ADVERTISEMENT