CARI-MAL Publish time 7-7-2023 07:33 PM

Seram, Ini Kerja 'Dia' Bila Tuan Rumah Balik Kampung - "Malam Jugalah Dia Share Rakaman CCTV Ni!"

Tular perkongsian pengguna Twitter, @deen.md mengenai dua rakaman kamera litar tertutup, CCTV sebuah rumah yang menyeramkan ketika ketiadaan pemiliknya.


Dalam rakaman di rumah seorang penduduk di kawasan perumahannya itu, kelihatan pergerakan sebuah anak patung serta penampakan bayang Lembaga hitam di dapur.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/07/193114e33oxezofho4spto.jpg'https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/07/193113medixs4gjsmhg0jg.jpg

Add Image Caption Here





Difahamkan rakaman itu diambil ketika tuan rumah sekeluarga bercuti ke kampung sempena sambutan Raya Haji, baru-baru ini.


“Group whatsapp taman rumah aku tengah kecoh sekarang ni ada orang share video cctv masa dia balik kampung raya haji haritu.


“Korang cuba tengok bapak scary anak patung tu. Sebab tu lah aku tak suka dengan anak patung ni,” ciapnya.


Menerusi ciapan itu dia memuat naik video menunjukkan sebuah anak patung di dalam almari tiba-tiba berpusing dengan sendirinya.


Sebuah lagi rakaman yang dipercayai di rumah yang sama menunjukkan penampakan bayangan lembaga hitam di cermin kabinet dapur rumahnya.




202307up_168872951754


“Oh shitt! Korang cuba perhati dekat cermin kabinet tu. Seriau aku terus tak trauma nak ambil air dekat dapur malam-malam,” ciapnya.


Ciapannya itu mendapat pelbagai reaksi pengguna laman sosial berkenaan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/07/193113eot9poa1gcaxouft.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/07/193113zjt2z64n840u64i4.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/07/193113m5gqeyyazq91pgw3.jpg






Sumber: Gempak

Nokiaman Publish time 24-7-2023 09:45 PM

Tuaan Rumah belanie atau ex tuan rumah bela...atau tumpang lau..atau...atau...tak kesudah

onnabila Publish time 25-7-2023 02:51 PM

Kejadian yang sama terjadi kat kawan aku juga. Dia ni saja saja aja pasang CCTV kat ruang tamu rumah dia. Nak dijadikan cerita, mereka balik ke kampung dan bila mereka check rakaman di CCTV, punyalah mereka terkejut sebab ada 'lembaga' yang keluar masuk dari bilik tamu yang jarang digunakan. Bini dia jadi takut la pula nak tinggal seorang kat rumah apabila kawan aku ni terpaksa outstation. Kejadian tahun lepas dan dia pernah share rakaman CCTV tu dulu dengan kami di pejabat sebelum dia delete.

supernaturalee Publish time 1-8-2023 09:17 AM

onnabila replied at 25-7-2023 02:51 PM
Kejadian yang sama terjadi kat kawan aku juga. Dia ni saja saja aja pasang CCTV kat ruang tamu rumah ...

mmmm baru nk tarik nafas tny psl video tu
:lol:

cm_asamkumbang Publish time 2-8-2023 10:31 AM

tgk tengah malam mau tak boleh lena sampai siang

ygarif Publish time 3-8-2023 12:27 PM

Ni lagi seram, selama ni kawan serumah tak pernah cerita, kita org selalu tidur ruang tamu depanTV je. ada satu bilik ni kita org jadikan bilik simpan barang je. kat pintu ada buai bayi(kawn serumah jaga anak org part time) bila malam je dia tutup rapat bilik ni, aku lak tak pernah tanya.

Skg ni kami dok kat tempat lain tp rumh tu masih kami sewa sb belum pindah. Baru dia cerita sebenarnya dlm bilik tu kdg ada ppuan selalu tengok. Dia bukan melayu, rambut panjang. Dia tak kacau, dia tengok je..aku jd seram lak dengar. kawan ni jenis nampak apa2 yg aku tak nampak:sweat3:

nono86 Publish time 30-8-2023 11:35 AM

Seriously, brp kali aku tgk tapi still tak nampak patung tu bergerak

Clan204 Publish time 30-8-2023 12:10 PM

nak tanya la org melayu ni kan ada mcm2 jenis ilmu kan... takde ka ilmu2 utk kaya... mcm susuk kan ada susuk suara merdu la susuk kebal la susuk cantik hensem la... susuk kaya ada tak eh?

acik79 Publish time 2-9-2023 12:58 PM

nono86 replied at 30-8-2023 11:35 AM
Seriously, brp kali aku tgk tapi still tak nampak patung tu bergerak

Kepala dia yg berpusing ke arah cctv patung tu mmg tak gerak

supernaturalee Publish time 14-9-2023 12:07 PM

Clan204 replied at 30-8-2023 12:10 PM
nak tanya la org melayu ni kan ada mcm2 jenis ilmu kan... takde ka ilmu2 utk kaya... mcm susuk kan a ...

kak eton katanya sblm eksiden ada guna
susuk suara


yenil95 Publish time 12-10-2023 02:44 PM

dorang balik kampung memang buka lampu ke?..atau sharing video waktu raya tu?

penutupbotol Publish time 27-10-2023 03:40 PM

antu pon merayau2 eh
Pages: [1]
View full version: Seram, Ini Kerja 'Dia' Bila Tuan Rumah Balik Kampung - "Malam Jugalah Dia Share Rakaman CCTV Ni!"


ADVERTISEMENT