CARI-MRO Publish time 7-7-2023 12:26 PM

Pekerja Binaan Maut Dihempap Rangka Keluli 140 Tan

TOKYO – Dua pekerja terbunuh selepas galang sebuah jambatan jatuh daripada pelantar yang didirikan di sebuah tapak pembinaan di tengah Jepun.


Kyodo News melaporkan, kemalangan berlaku sekitar pukul 3.10 pagi (waktu tempatan) hari ini.


Seramai tujuh orang dikejarkan ke hospital dengan dua pekerja berusia dalam lingkungan 50-an disahkan meninggal dunia dan dua lagi parah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/07/122629mhiz6diksdlsorlk.pngFoto: Kyodo




Kira-kira 20 pekerja sedang membina jejambat berbilang tingkat di Wilayah Shizuoka yang dijangka siap menjelang musim bunga 2026.


Polis masih menyiasat kejadian itu. Pihak berkuasa juga mempertimbangkan untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab kerana cuai sehingga mengakibatkan kematian.


Menurut polis, rangka keluli sepanjang 65 meter dan berat sekitar 140 tan yang membentuk asas jalan bertingkat itu tergelincir pada ketinggian kira-kira 9 meter.


Pekerja sedang mengalihkan rangka keluli ke kedudukan berbeza apabila kejadian berlaku, demikian menurut Pejabat Lebuhraya Nasional Shizuoka.


Tujuh orang yang dibawa ke hospital berumur dalam lingkungan 30-an hingga 70-an, katapolis dan bomba. -CARI


Sumber: Kosmo

sharlenetexas Publish time 7-7-2023 02:53 PM

Warganegara tempatan?

Ashleygrave Publish time 7-7-2023 02:56 PM

Edited by Ashleygrave at 8-7-2023 12:11 PM

Thanks for sharing. I found a lot of interesting information here. A really good post, very thankful and hopeful that you will write many more posts like this one.my account access

dgme Publish time 23-4-2024 11:04 PM

I am glad to be one of several visitors on this great internet site (:, thank you for posting.
dgme

supernaturalee Publish time 24-4-2024 09:44 AM

final destination


Pages: [1]
View full version: Pekerja Binaan Maut Dihempap Rangka Keluli 140 Tan


ADVERTISEMENT