tatod Publish time 6-7-2023 10:19 PM

Tabung Wang Tidak Patuh Syariah Di Masjid Dipersendakan, Ramai Yang Tak Faham

Pengacara dan penulis lirik terkenal Ahmad Fedtri Yahya berkongsi foto di Twitter, memaparkan sebuah tabung yang terdapat di Masjid Al Hidayah, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.


Apa yang menjadi bualan ramai, tabung itu dikhususkan untuk individu yang mahu menyedekahkan wang tidak patuh syariah yang dimiliki mereka.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/06/221856cali9koyoev7azea.png



"Di masjid ni ada tabung wang tidak patuh syariah," ciapnya di Twitter pada Khamis.


Pada tabung itu, pihak masjid menyatakan wang tidak patuh syariah bermaksud sebarang bentuk pendapatan atau perolehan hasil daripada perbuatan atau transaksi yang bertentangan dengan hukum syarak.


Pihak masjid turut mencetak keterangan tentang klasifikasi wang yang berada dalam kategori tidak patuh syariah.


Antaranya wang riba atau faedah, judi atau pertaruhan, pengeluaran atau penjualan barang tidak halal dan insurans konvensional, wang jual beli sekuriti yang tidak halal, aktiviti yang tidak selaras dengan syariah serta dividen atau bonus daripada pelaburan tidak patuh syariah.


"Penyaluran wang boleh diserahkan secara tunai ke dalam peti ini atau online akaun masjid," ujar keterangan itu lagi.


Dalam pada itu, netizen di Twitter turut meninggalkan komen berbeza-beza tentang kewujudan tabung tersebut.


"Nice idea. So duit-duit ini boleh digunakan untuk tujuan yang sepatutnya.


"Bagus inisiatif ni. Kutipan ini boleh dimanfaatkan untuk pembangunan infra/kemudahan masjid yang tidak melibatkan makan/minum/jamuan/hadiah.


"Sebenarnya bagus ada tabung ni. Tapi orang kita persendakan sebab tak faham," ujar netizen.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/06/221925tzcr7m47j4zfrrwj.jpg



Semakan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan orang yang menggunakan harta daripada sumber rezeki yang haram seperti penjualan arak, judi, riba atau pelacuran yang dia terlibat dengannya maka hukumnya adalah haram.


Menurut laman web itu lagi, menginfakkan harta daripada sumber rezeki yang haram menjadi kewajipan pemilik harta tersebut untuk memisahkan dirinya daripada harta tersebut dan bukannya bertujuan untuk meraih pahala daripada serahan itu.


Tetapi dengan syarat hendaklah bertaubat dan tidak mahu mengulangi perbuatan maksiat itu lagi. (Rujuk: Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam oleh Syeikh ‘Atiyyah Saqar).




Sumber: mStar

najib888 Publish time 7-7-2023 08:36 AM

Apa beza dgn tabung masjid biasa? Adakah nanti kalau buat apa2, atau beli apa2 akan ditulis sumber kewangan drpd saluran mana?
Kalau derma online, ada separate akaun ke utk wang tak patuh syariah ni?

uda Publish time 7-7-2023 11:49 AM

najib888 replied at 7-7-2023 08:36 AM
Apa beza dgn tabung masjid biasa? Adakah nanti kalau buat apa2, atau beli apa2 akan ditulis sumber k ...

Duit tak patuh syariah ni tidak boleh disedekahkan kpd orang lain, hanya boleh digunakan spt. buat jalan atau tandas. Itu yang pihka mesjid nak seperatekan tabung2 sedekah ni.

najib888 Publish time 7-7-2023 10:29 PM

uda replied at 7-7-2023 11:49 AM
Duit tak patuh syariah ni tidak boleh disedekahkan kpd orang lain, hanya boleh digunakan spt. buat ...

Ooo..tenkiu atas maklumat diberikan

nono86 Publish time 8-7-2023 12:55 PM

Bagus ni.. nanti nak cari no akaun dia la, kecik sangat tak nampak kat gambar

Zeatyisaac Publish time 10-7-2023 01:37 PM

Haram buat ku, namun halal buat mu. Itulah Wang tak patuh syariah.
Pages: [1]
View full version: Tabung Wang Tidak Patuh Syariah Di Masjid Dipersendakan, Ramai Yang Tak Faham


ADVERTISEMENT