CARI-MAL Publish time 6-7-2023 07:36 PM

Jemaah Menangis Jalan Kaki 5 Jam Ke Arafah Di Bawah Terik, Bekalan Air Pun Tak Ada!

Beberapa hari lalu, tular perkongsian seorang jemaah haji bernama Resty Ibrahim mengenai cabaran luar biasa dialaminya.


Ada satu kejadian di mana bilangan jemaah terlampau ramai sehingga jadual bas yang sepatutnya menjemput mereka menjadi cacamarba.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/06/193457yfzrsufvtlvbyt33.jpg



Setelah menunggu lebih 12 jam, mereka akhirnya nekad berjalan sejauh 20 kilometer menuju Arafah di bawah terik mentari dengan suhu 48 darjah celcius.


Setiap jemaah mencuba sehabis baik untuk tiba ke sana walaupun tenaga semakin menipis hingga ada yang mula pengsan terutamanya golongan warga emas memandangkan tiada bekalan minuman.




7251112860019969285


7251514789795482885


Tekak semakin haus, kaki terus melecet. Namun syukur ke atas Allah, ramai yang selamat sampai setelah berjalan selama lima jam setengah.


Menerusi ruangan komen, netizen merasa kasihan, namun mendoakan semoga kepenatan para jemaah menjadi asbab gugurnya dosa-dosa lama.




7251117630000467205


7251715096282516741


Tidak ketinggalan yang mendoakan semoga semua ibadat itu dapat ditunaikan sehingga habis.




Sumber: Kisah Dunia

azeri Publish time 6-7-2023 11:36 PM

MasyaAllah. Sayangnya Allah pada jemaah ni. Diuji keimanan mereka.
Pasti ada hikmahnya.

Semoga jemaah ini mendapat haji mabrur.

uda Publish time 7-7-2023 11:54 AM

Orang indon ke?
Cara dia melontar tu salah. Perempuan tidak boleh melontar angkat tangan tinggi lepas bahu. Tenguk perempuan jubah hitam sebelah dia, itu cara sebenar untuk melontar.
pasalpa dia nak angkat tangan tinggi2 untuk melontar! dia boleh je pergi dekat tepi jamrah tu dan melontar relax2 spt yang berjubah hitam tu.

isseliparjepun Publish time 8-7-2023 04:47 PM

MasyaAllah. Semoga Allah ampunkan dosa dosa mereka. Tak dapat bayangkan betapa berjalan tengah panas tu. Semoga dipermudahkan urusan mereka dunia akhirat.

jazaa100 Publish time 9-7-2023 02:13 PM

uda replied at 7-7-2023 11:54 AM
Orang indon ke?
Cara dia melontar tu salah. Perempuan tidak boleh melontar angkat tangan tinggi lepa ...

Iya lah tu ....

Warga Trisna ni memang ikut kepala dia je....
Masuk tiktok masa melontar....

anony-mous Publish time 10-7-2023 10:10 AM

uda replied at 7-7-2023 11:54 AM
Orang indon ke?
Cara dia melontar tu salah. Perempuan tidak boleh melontar angkat tangan tinggi lepa ...

Dkt komen asal video tu sorang pon x tegur. Ke ada mazhab cara lontar? Indon mmg pelik2. Klau salah kena dam atau haji x sah?

uda Publish time 10-7-2023 09:38 PM

anony-mous replied at 10-7-2023 10:10 AM
Dkt komen asal video tu sorang pon x tegur. Ke ada mazhab cara lontar? Indon mmg pelik2. Klau sala ...

Tak kena dam. Takda pun dalam senarai kesalahan yg dikenakan dam.

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 02:03 AM

ujian buat mereka ktika dsana..
Pages: [1]
View full version: Jemaah Menangis Jalan Kaki 5 Jam Ke Arafah Di Bawah Terik, Bekalan Air Pun Tak Ada!


ADVERTISEMENT