CARI-MAL Publish time 6-7-2023 05:10 PM

Kedai Makan Thailand Tak Menang Tangan Dapat Pesanan Kerabu Mangga Lisa Blackpink

Perkongsian kumpulan K-Pop terkenal, Lisa Blackpink memuat naik gambar kerabu mangga membuat populariti hidangan itu melonjak di Thailand.


Malah, kebanyakan kedai makan mengaku menerima banyak pesanan selepas Lisa memuat naik gambar hidangan itu di laman sosialnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/06/170922gvc7bhjccv3zij99.jpgIG




Laman berita VNExpress melaporkan, Lisa memuat naik gambar makanan itu di laman Instagram bersama keterangan: “Kerabu mangga asli dari Thailand.”


Meskipun hantaran itu hanya boleh dilihat dalam masa 24 jam, ia mencetuskan trend di Thailanddengan banyak aplikasi penghantaran makanan memaparkan menu kerabu mangga telah habis dijual di seluruh negara.


Di sebuah kedaimenjual kerabu betik atau somtam di Bangkok, seorang peniaga memberitahu akhbar Khaosod bahawa hidangan kerabu mendapat sambutan luar biasa selepas Lisa memuat naik gambarnya.


Peniaga-peniaga terpaksa menyediakan lebih banyak buah mangga, betik, ikan pekasam dan tomato bagi memenuhi permintaan yang melambung tinggi.


Seorang peniaga dikenali sebagai Sri Sukjai berkata, dia kini sibuk menyediakan bahan-bahan untuk membuat kerabu selepas ia menjadi popular secara tiba-tiba.


Menurutnya, apabila pembeli memesan kerabu mangga, dia akan bertanya sama ada mereka mahukan resipi asal (resipi kedai) atau hidangansama seperti dikongsikan Lisa. Kebanyakan pembeli memilih kerabu yang sama seperti dimakan penyanyi itu.


Kerabu mangga atau som tam mamuang merupakan hidangan tradisional Thailand di mana ia mempunyai pelbagai variasi.


Namun, bahan utama kebiasaannya terdiri daripada mangga yang belum masak (mangga hijau), udang kering, bawang putih, cili, kacang tanah, sos ikan, perahan asam jawa, air limau, gula dan daun ketumbar.


Namun, versi yang dimuat naik Lisa turut mengandungi tomato dan lobak merah.




Sumber: Kosmo

beautifulorchid Publish time 6-7-2023 05:12 PM

kecurrrrrr...

marchikobonzo Publish time 20-7-2023 11:53 AM

Sedap nokk!!

helicornia Publish time 20-7-2023 12:24 PM

versi lisa makan tu apa plak
iols sokmo order kerabu mangga atau somtam klu pi kedai siam
Pages: [1]
View full version: Kedai Makan Thailand Tak Menang Tangan Dapat Pesanan Kerabu Mangga Lisa Blackpink


ADVERTISEMENT