mattzzx Publish time 6-7-2023 12:26 PM

Djokovic raih kemenangan ke-350

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/djokov_1688610656.jpg
REAKSI Djokovic ketika bertemu Thompson. FOTO AFP

London: Satu lagi kejayaan dicapai Novak Djokovic apabila dia meraih kemenangan Grand Slam ke-350 selepas menewaskan Australia, Jordan Thompson di Wimbledon, awal pagi tadi.

Juara bertahan itu diberi tentangan sengit oleh Thompson tetapi sentiasa kelihatan tenang pada saat-saat genting sebelum melakar kemenangan mutlak 6-3 7-6(4) 7-5 untuk mara ke pusingan ketiga.

Dia menyertai Roger Federer dan Serena Williams sebagai pemain yang mencapai 350 kemenangan di Grand Slam, tetapi pemain berusia 36 tahun mampu meraih kejayaan lebih tinggi lagi.

Djokovic meneruskan rentak kemenangannya di permukaan rumput kepada 30 perlawanan, dengan kekalahan terakhirnya menentang Marin Cilic pada perlawanan akhir Queen's Club 2018.

"Dia (Thompson) agak kurang bernasib baik pada set kedua. Dia mempunyai beberapa peluang tetapi ya, dia mempamer aksi yang hebat dan pastinya patut mendapat tepukan gemuruh," kata Djokovic.

Djokovic sedang menyasarkan kejuaraan Grand Slam ke-24 untuk menyamai rekod sepanjang zaman Margaret Court.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/07/984774/djokovic-raih-kemenangan-ke-350
Pages: [1]
View full version: Djokovic raih kemenangan ke-350


ADVERTISEMENT