CARI-MAL Publish time 5-7-2023 06:27 PM

Jackie Chan Menangis Dipeluk Anak Perempuan

Tular sebuah video memaparkan pelakon legenda Hong Kong, Jackie Chan menangis teresak-esak bersama seorang remaja perempuan yang didakwa anaknya.


Menerusi video berkenaan, Jackie menonton semula babak-babak aksi ngeri atau stunt yang pernah dijayakan ketika awal kemunculan dalam dunia lakonan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/05/182553szzr3ml3zr1lclrq.jpgYouTube




Melihat aksi pilu pemilik nama sebenar Chan Song Kang, 69, dengan air bercucuran dalam video berkenaan, ramai peminat membuat andaian bahawa remaja terbabit adalah darah dagingnya sendiri yang sudah lama terpisah.


“Adakah ketika menjayakan babak itu, anda berada dalam kesakitan?” soal remaja berkenaan.


Chan menjawab ringkas: “Sangat.”


“Papa, you’re awesome (anda memang hebat),” puji remaja itu sebelum membuatkan air mata Chan terus berderaian dan mereka sama-sama berpelukan saling tak tumpah seperti anak-beranak.


Rupa-rupanya, remaja itu bukanlah darah daging Chan dan babak yang tular dalam Twitter sekadar adegan dalam sebuah filem.


Remaja dalam video berkenaan dikenal pasti pelakon bernama Liu Haocun.


Realitinya, Jackie sudah terpisah dengan anak perempuannya, Etta Ng Chok Lam yang merupakan seorang lesbian.


Pelakon filem Drunken Master itu dikatakan berdepan konflik dengan Etta yang berpunca daripada isu seksualiti serta hubungan dingin dengan ibu kandung anaknya itu.




https://twitter.com/NateMensah_/status/1675812454188679168


Difahamkan, Etta kini selesa sebagai gelandangan disebabkan gaya hidup songsang yang diamalkan sehingga Chan sendiri tidak mengaku anaknya itu darah dagingnya.


Setakat artikel ini ditulis, klip video yang dimuat naik dalam Twitter oleh seorang pengguna bernama @NateMensah_ sudah meraih lebih 7.7 juta jumlah tontonan.




OqZ0CFyXSzs




Sumber: KOSMO! ONLINE

putericahaya999 Publish time 5-7-2023 11:06 PM

Berlakon rupamye

chilly Publish time 5-7-2023 11:37 PM

Etta Ng? Bukan patotnya Etta Chan? Ehhh aku pulak susah2 pikir masalah nama anak-beranak ni.

cikatilia Publish time 6-7-2023 10:16 AM

aishh.. tiba2 teringat bapak sendiri.. tsk tsk

kucingitam Publish time 6-7-2023 12:36 PM

haa tu pasal bila tgk org share klip ni, aku mcm eh..bukan anak dia dah tua ke...tgk budak pompuan ni muda lagi.. walaupun begitu, air mata iols tetap menitik tgk video ni..

shida81 Publish time 7-7-2023 07:35 PM

Ank2 dia mmg x menjadi... Salah sendiri

gideoncross Publish time 18-7-2023 05:10 PM

chilly replied at 5-7-2023 11:37 PM
Etta Ng? Bukan patotnya Etta Chan? Ehhh aku pulak susah2 pikir masalah nama anak-beranak ni.

Etta ambil surname Ng sbb JC ni tinggalkn dorg msa Etta msih lgi kcil, Etta pun mngaku yg JC mmg x prnh wujud dlm hidup dia.

Page88 Publish time 21-8-2023 12:25 AM

Nice that he got to talk to his only daughter.
Pages: [1]
View full version: Jackie Chan Menangis Dipeluk Anak Perempuan


ADVERTISEMENT