CARI-MAL Publish time 4-7-2023 12:33 PM

Cucu Robert De Niro, Leandro Ditemukan Tidak Bernyawa Dalam Keadaan Duduk Di Kerusi

Cucu kepada pelakon veteran Robert De Niro ditemui meninggal dunia dalam keadaan duduk di sebuah kerusi di apartmennya di New York pada Ahad.


Jasad Leandro De Niro Rodriguez, 19, bagaimanapun dilaporkan pihak berkuasa tiada sebarang tanda jelas yang membawa kepada kematiannya setakat ini.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/04/123223h28akchu24v8ktra.jpgJasad Leandro De Niro Rodriguez, 19 tahun ditemukan dalam keadaan duduk di sebuah kerusi dan tidak bernyawa. - Foto FB




Jasad Rodriguez ditemui selepas rakannya curiga tidak mendengar khabar berita daripada cucu pelakon Hollywood itu sebelum mengambil keputusan untuk menjengah ke kediamannya.


Khabar duka itu turut dikongsi oleh ibunya, Drena De Niro menerusi laman sosial Instagram.


"Anakku, ibu mencintaimu melampaui kata-kata sejak merasakan kehadiranmu dalam kandunganku.


"Engkau telah menjadi kegembiraanku, hatiku, dan segala yang nyata dalam hidupku. Saya ingin berada bersamamu sekarang.


"Saya tidak tahu bagaimana hidup tanpamu, tetapi saya akan mencuba melanjutkan dan menyebarkan cinta dan cahaya yang engkau berikan padaku sebagai ibumu. Beristirahatlah dalam damai dan syurga sayangku yang tercinta," luahnya.


Mendiang Leandro sebelum ini pernah muncul dalam filem 'A Star is Born' dan Çabaret Maxime'pada 2018.


Ibunya, Drena diambil sebagai anak angkat oleh Robert De Niro pada 1976 selepas berkahwin dengan pasangan Diahnne Abbott.
Suaminya pula, pelakon Carlos Rodriguez.




Sumber: AWANI

marchikobonzo Publish time 15-7-2023 11:29 AM

RIP..............
Pages: [1]
View full version: Cucu Robert De Niro, Leandro Ditemukan Tidak Bernyawa Dalam Keadaan Duduk Di Kerusi


ADVERTISEMENT