CARI-MAL Publish time 4-7-2023 09:14 AM

Bila B40 Try Tiru T20 Cuci Kereta, Tergamam Bila Kena RM780!

Tergamam seorang wanita apabila dia mendapat tahu perlu membayar RM780 ketika menghantar kereta untuk dicuci di Pulau Pinang baru-baru ini.


Malah selepas kejadian tersebut, wanita kacukan Melayu, Vietnam, Champa dan Cina itu menjelaskan menerusi video di TikTok bahawa dia takut untuk berkongsi tentang kejadian berkenaan kepada suaminya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/04/091344uhatffcjt2cwatav.jpgmStar - TIkTok




"Apabila B40 cuba tiru (gaya hidup) T20 bersihkan kereta," tulisnya pada video berkenaan.


Menurut May Vo Dyakonov, pada mulanya dia menyangka kedai cucian kereta itu menawarkan harga yang sangat berpatutan kerana dia hanya perlu membayar RM78 untuk servis cucian profesional.


"Kali pertama bawa kereta pergi cuci harga RM780. Saya ingat RM78. Pengalaman paling lawak dan memalukan sebab saya biasa-biasa saja (hidup sederhana).




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/04/091344qcw7zmp1pg78ic4d.jpgTikTok




"Setelah diberitahu harga, saya terfikir cajnya sangat murah. Boleh hantar cuci selalu. Tapi selepas saya hulur RM80, pekerja pusat cucian tu cakap harganya ialah tujuh lapang kosong (RM780).


"Dia berbangsa Cina, cakap bahasa Melayu pun pelat sikit. Jadi saya cakap tu RM80, maksudnya dia kena bagi baki pada saya," katanya menceritakan semula kejadian sambil ketawa.


Kekeliruan itu akhirnya selesai selepas pekerja di premis berkenaan mengulangi harga yang perlu dibayar dalam bahasa Inggeris.


Menjelaskan lanjut, May berkata rupa-rupanya dia kurang jelas mengenai istilah polish dan coating yang ditawarkan kerana menganggap hanya servis cucian biasa.


Video tersebut meraih perhatian netizen kerana terhibur mendengar celoteh May tentang pengalamannya itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/04/091344pa3syo8na9a8iryv.jpgTikTok




Namun rata-ratanya turut mengakui caj RM780 itu merupakan kadar biasa untuk jenis cucian secara profesional.


Bagaimanapun terdapat juga netizen yang beranggapan bahawa wanita itu menjadi mangsa scam pusat cucian kereta.


Enggan membiarkan ia terus menjadi persepsi tidak tepat, May kemudiannya tampil dengan video lain bagi menjelaskan tentang kronologi insiden berkenaan.


Kata May, sewaktu menunggu giliran untuk mencuci kereta, dia memerhatikan sebuah kereta jenama Mercedes yang sudah dicuci kelihatan sangat berkilat dan cantik seperti kereta baharu.


"Sewaktu tibanya giliran, saya beritahu nak basuh kereta sampai bersih, wangi luar dan dalam. Saya ada beritahu nak basuh karpet dalam kereta sebab ada air sotong tumpah... bau busuk.


"Saya juga beritahu kereta ada kesan calar di bahagian depan, belakang, kanan dan kiri... jadi saya nak bersihkan seluruh kereta.


"Pada masa itu saya ada ternampak papan iklan di kedai itu menyatakan mereka menyediakan perkhidmatan cuci kereta, coating dan polish. Jadi saya minta dia buat semua khidmat yang ditawarkan tanpa tanya harga," ujarnya.




7249644408004414722


7251463306588785922


7251530245507976449



Menurut wanita ini, keseluruhan servis yang dimintanya memakan masa sekitar tujuh jam.




Sumber: mStar

ketambangkang Publish time 4-7-2023 11:22 AM

hahaha ok la tu dia slhkan diri sendiri & tak menyalahkan org lain

mamajawie Publish time 4-7-2023 11:34 AM

takde la b40 sangat..da la ada produk pastu lak dduk kondo laki omputih..

elzy Publish time 4-7-2023 11:39 AM

Pompuan ni laki omputih suka makan ulam tanam sendiri, sure mampu tapi dia humble, selagi boleh jimat.. jimatlah..

rosa_canina Publish time 4-7-2023 12:57 PM

adoiii jenuh 7jam menunggu

otai_g Publish time 7-7-2023 05:13 PM

elzy replied at 4-7-2023 11:39 AM
Pompuan ni laki omputih suka makan ulam tanam sendiri, sure mampu tapi dia humble, selagi boleh jima ...

Aku tgk org kaya lg pndi berjimat Dr golongan b40 ni. B40 ni nk pki Honda city, nak minum Starbucks, nak makan steak, nak pki iphone

elzy Publish time 11-7-2023 08:31 AM

otai_g replied at 7-7-2023 05:13 PM
Aku tgk org kaya lg pndi berjimat Dr golongan b40 ni. B40 ni nk pki Honda city, nak minum Starbuck ...

Setuju.. Menjadi-jadi pulak dia menunjuk kann..
Kalau T20 pula, kereta, rumah, pakaian semua hebat-hebat belaka takde yang tak berjenama mewah tapi Top 40 Terkaya di majalah Forbes takde pulak diaorang..

che-cikL Publish time 11-7-2023 12:20 PM

Takut nak bgtau husband, tapi pergi cerita serata alam, apo?

ally9970 Publish time 11-7-2023 02:22 PM

Senangnya netizen terhibur...

seri_mawr Publish time 21-7-2023 02:47 PM

ni mmg jenis ada duit ni....
klu mmg B40 mau kena keje kedai cuci kereta tu seminggu pulak....aje rm780 tuk cuci kereta...huhuhu

wirazam Publish time 22-7-2023 11:05 AM

Nak tgk sebelum Dan selepas....baru boleh bgtau berbaloi atau kena scam

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 01:58 AM

wow mahal jg rm700+ cuci kereta
Pages: [1]
View full version: Bila B40 Try Tiru T20 Cuci Kereta, Tergamam Bila Kena RM780!


ADVERTISEMENT