mattzzx Publish time 2-7-2023 04:42 PM

Ferrari paling bernilai walaupun tiada kejayaan sejak 2008

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Ferrari_1688266688.jpg
FERRARI memperoleh pendapatan terbaik F1 untuk 2022 AS$504 juta (RM2.3 bilion). FOTO AFP

Los Angeles: Walaupun tidak memenangi kejuaraan Formula Satu (F1) sejak 2008, Ferrari adalah yang pasukan paling bernilai daripada 10 pasukan lain dengan nilai AS$3.13 bilion (RM14.6 juta), berdasarkan tinjauan Sportico.

Syarikat penerbitan perniagaan sukan itu menggunakan hasil pasukan, penyata kewangan yang tersedia secara terbuka dan temu bual dengan orang ramai merentasi pelbagai aspek perniagaan perlumbaan untuk menentukan nilai pasukan.

Penemuannya kemudian dirujuk dengan pakar lain dalam industri berkenaan.

Tempat kedua dalam senarai penilaian Sportico ialah Mercedes pada AS$2.7 bilion (RM12.6 bilion), diikuti oleh Red Bull AS$2.42 bilion (RM11.3 bilion), McLaren AS$1.56 bilion (RM7.28 bilion) dan Aston Martin AS$1.14 bilion (RM5.32 bilion)

Menggenapkan 10 kedudukan teratas ialah Alpine AS$1.08 bilion (RM5.04 bilion), AlphaTauri AS$905 juta (RM4.2 bilion), Alfa Romeo AS$815 juta (RM3.8 bilion), Williams AS$795 juta (RM3.7 bilion) dan Haas AS$710 juta (RM3.3 bilion).

Kutipan 10 pasukan berkenaan dinyatakan bernilai AS$15.3 bilion (RM71.4 bilion).

Ferrari memperoleh pendapatan terbaik F1 untuk 2022 AS$504 juta (RM2.3 bilion), sambil memperoleh keuntungan AS$50 juta (RM233 juta).

Mercedes memperoleh keuntungan terbesar musim lalu pada AS$114 juta (RM532 juta).

Tiga pasukan mengalami defisit musim lalu, diketuai oleh Aston Martin AS$55 juta (RM256 juta), diikuti oleh Williams AS$12 juta (RM56 juta) dan McLaren AS$8 juta (RM37 juta).

Hasil pendapatan dan keuntungan terdiri daripada hadiah wang kemenangan serta tajaan.

Menurut laporan itu, nilai pasukan meningkat sejak akhir-akhir ini, sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan populariti sukan itu di Amerika Syarikat (AS), didorong oleh dokumentari Netflix 'Formula 1: Drive to Survive'.

Alpine baru sahaja mengumpul AS$218 juta (RM1 bilion) untuk 24 peratus kepentingan dalam pasukan itu, dengan pelakon Ryan Reynolds, Rob McElhenney dan Michael B Jordan antara kumpulan pelabur.

Pada masa ini terdapat dua perlumbaan F1 di AS di Austin, Texas, dan Miami.

Perlumbaan ketiga akan membuat debut musim depan di Las Vegas.

Tiada negara lain yang mempunyai lebih daripada dua perlumbaan F1.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/07/983379/ferrari-paling-bernilai-walaupun-tiada-kejayaan-sejak-2008
Pages: [1]
View full version: Ferrari paling bernilai walaupun tiada kejayaan sejak 2008


ADVERTISEMENT