tatod Publish time 1-7-2023 08:30 AM

Lee Jung Jae Terima Bayaran Rm4.6 Juta Satu Episod Squid Game 2, Kini Aktor Termahal Korea Selatan

Pelakon Lee Jung Jae dilaporkan meminta bayaran sebanyak AS$1 juta atau sekitar RM4.6 juta untuk setiap episod drama Squid Games musim kedua yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.


Allkpop melaporkan pihak penerbit drama bersiri popular itu Netflix bersetuju dengan permintaan tersebut sekali gus menjadikan Jung Jae aktor dari Korea Selatan dengan bayaran tertinggi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/01/082950zh2dra1hjj1jehr2.png



Pelakon itu bakal menerima bayaran berjumlah AS$13 juta (RM60 juta) untuk 13 episod Squid Game 2.


Menerusi musim pertamanya, Jung Jae membawa kejayaan besar apabila siri itu popular di seluruh dunia dengan keuntungan lebih daripada AS$900 juta atau RM4.1 bilion.


Ia menjadikan Squid Game siri paling banyak ditonton di platform penstriman Netflix hanya selepas 28 hari ditayangkan pada 2021.


Sebelum ini, Jung Jae dilaporkan dibayar sebanyak AS$248,000 (RM1.1 juta) bagi setiap episod untuk musim pertama, yang membawa pendapatan sebanyak AS$2.2 juta (RM10 juta) dan menjadikannya pelakon lelaki kedua termahal selepas Kim Soo Hyun.


Sebelum ini, Soo Hyun perna menerima bayaran AS$423,000 (RM1.9 juta) bagi setiap episod drama lakonannya berjudul One Ordinary Day pada 2021.


Jung Jae akan memainkan semula wataknya sebagai Seong Gi Hun dalam Squid Game 2 bersama barisan pelakon termasuk Im Si Wan, Kang Ha Neul, Park Sung Hoon, Yang Dong Geun, Park Gyu Young, Jo Yu Ri dan bekas ahli kumpulan Big Bang iaitu T.O.P.




Sumber: mStar

delia3003 Publish time 1-7-2023 04:29 PM

Edited by delia3003 at 1-7-2023 04:31 PM

Squid game ni under Netflix kan? USD 1mil/episode tu bayaran standard untuk lead actors sekuel megahit dramas. Tapi ok lah Netflix nak bayar banyak tu untuk pelakon Asia. Untuk 1st season diorang ni tak dapat bonus pun walaupun Netflix untung berlipat kali ganda.

Tinot7 Publish time 2-7-2023 09:53 AM

Squid game 2 ni pasai apa plak? Ankel tua dah meninggal kan?

gold_teeth Publish time 2-7-2023 10:58 AM

Tinot7 replied at 2-7-2023 09:53 AM
Squid game 2 ni pasai apa plak? Ankel tua dah meninggal kan?

Rsnya yg watak pakai topeng hitam abg kepada polis tu nanti akan dilebarkan- lee bung hyun.. arapnya gong yoo pn ada la sket hahaha

Tinot7 Publish time 2-7-2023 04:26 PM

gold_teeth replied at 2-7-2023 10:58 AM
Rsnya yg watak pakai topeng hitam abg kepada polis tu nanti akan dilebarkan- lee bung hyun.. arapn ...

Oh lupa pasai dia..

gerbera.memopad Publish time 2-7-2023 10:10 PM

TOP tu pandai ke berlakon?

lucky_peace Publish time 5-7-2023 11:22 PM

Kaya tul sekali kerja je dah dpt 60 juta.. x pyh berlakon lps tu pon xpe hah..

anaktoyol Publish time 15-11-2023 05:21 PM

gerbera.memopad replied at 2-7-2023 10:10 PM
TOP tu pandai ke berlakon?

nak kata superb tu idok ler... tapi x ler kayu... kira boleh ler di banggakan...

black_handbag Publish time 16-11-2023 03:01 PM

lah baru deal utk payment ke. igtkan tahun ni squid game 2 akan keluar.. ni dah nak hujung tahun, entah keluar ke tidak tu tahun depan

Page88 Publish time 1-12-2023 10:47 PM

His salary his income.

Page88 Publish time 8-12-2023 06:20 AM

Good acting so nice.

mzzenma Publish time 16-2-2024 03:21 PM

yang penting ada TOP..jangan episod satu mati sudah huhuh

wikedsaikel Publish time 20-2-2024 07:52 PM

mzzenma replied at 16-2-2024 03:21 PM
yang penting ada TOP..jangan episod satu mati sudah huhuh

Jangannnnn. Halfway pon ok dan cara kematian kurang sadis. :'(

hyie Publish time 21-2-2024 08:50 PM

bila entah nak startnya season 2?
Pages: [1]
View full version: Lee Jung Jae Terima Bayaran Rm4.6 Juta Satu Episod Squid Game 2, Kini Aktor Termahal Korea Selatan


ADVERTISEMENT