Raline Publish time 30-6-2023 11:12 AM

Caroline keluar persaraan

Caroline keluar persaraan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TENNIS-WOZNIACKI__1688048575.jpg
CAROLINE mencium trofi Terbuka Australia pada 2018.


Copenhagen: Caroline Wozniacki bakal kembali ke sukan tenis apabila bekas pemain nombor satu dunia itu berkata hari ini dia sedia berentap di Jelajah selepas bersara pada 2020.

Pemain Denmark itu menduduki ranking pertama selama 71 minggu dan meraih 30 gelaran individu termasuk menjuarai Grand Slam di Terbuka Australia pada 2018.

Dia mengumumkan persaraan sebelum Terbuka Australia 2020 pada usia 29 tahun kerana mahu memulakan kehidupan berkeluarga bersama suaminya, bekas pemain NBA David Lee. Mereka kini mempunyai anak perempuan Olivia dan anak lelaki James.

"Sejak tiga tahun lalu saya mendapatkan semula masa dengan keluarga, saya menjadi ibu dan mempunyai dua anak. Saya bersyukur untuk itu," katanya di Twitter.

"Tetapi saya ada cita-cita untuk diselesaikan. Saya mahu tunjukkan kepada anak bahawa anda mampu meneruskan impian tanpa mengira usia atau peranan anda.


"Saya kembali untuk beraksi dan bagaikan tidak sabar melakukannya."

Caroline berkata kejohanan pertamanya ialah Terbuka Kanada di Montreal sebagai pemanas badan pada Ogos sebelum menyasarkan Terbuka AS.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/06/982740/caroline-keluar-persaraan

Pages: [1]
View full version: Caroline keluar persaraan


ADVERTISEMENT