CARI-MAL Publish time 29-6-2023 06:04 PM

Rombongan Pengantin ‘Masuk Alam Bunian’ Disambut Dengan Asap Biru Dan Hijau

Rombongan kenduri kahwin disambut meriah, lain dari yang lain iaitu dengan asap suar berwarna biru dan hijau sehingga mencuit hati pengguna media sosial.


Menerusi video yang dimuat naik @qmslyan4, kelihatan suar itu menghasilkan asap tebal bagi menyambut tetamu pada majlis perkahwinan tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/29/180317s77q7jjkcj9cjrs9.png
TikTok



“Pertama kali disambut rombongan kenduri macam ini. Terus masuk ke alam bunian,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Biasanya suar digunakan untuk memberikan isyarat kepada orang dari jarak jauh, terutama dalam situasi kecemasan.


Suar yang menghasilkan asap berkepul-kepul ini juga memudahkan ia dikesan dari jauh, selain warnanya untuk membezakan antara kabus atau asap semula jadi.




7248253893954505991


Sehingga kini video itu meraih 1.2 juta tontonan, 63,500 tanda suka dan 12,600 perkongsian.


Tinjauan di ruangan komen mendapati, ramai pengguna terhibur dengan situasi yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan dianggap unik.




Sumber: KOSMO! ONLINE

hokeypokey Publish time 29-6-2023 07:49 PM

pedih mata la woiii

CiliPadiSedap Publish time 29-6-2023 08:50 PM

Cakap je straight nak perli tengku jalal lah tu. Ni sampai bazir beli asap unicorn untuk create alam bunian .

norawestallen Publish time 30-6-2023 06:43 PM

Pedih. Tak de stain ke eh kalau asap macam ni

eizarz Publish time 30-6-2023 08:26 PM

asal viral…itu je la matlamat hidup budak2 sekarang ni…

doubleharmonic Publish time 1-7-2023 11:25 AM

babi apa masuk alam bunian dengan asap kaler hodoh gitu?

che-cikL Publish time 1-7-2023 09:58 PM

Fitnah org bunian pulak dah.

Tengok citer Tamil je dah nokksss, ada main kaler kaler ni

Lagubestbest Publish time 1-7-2023 11:53 PM

busuk kan asap color2 ni?

babyleo68 Publish time 2-7-2023 04:01 AM

Ni rombongan nak menikah, ke romobongan gender reveal party? Buta perut tol

dua_chzy Publish time 2-7-2023 12:56 PM

Aiol tergelak tengok deols libas2 asap tu dengan tangan.

KamikuP Publish time 3-7-2023 10:44 AM

Ni pesta perayaan Holi ke ?

dekmieDandy Publish time 5-7-2023 09:23 AM

asap tu beracun kan

awatla buat camtu
Pages: [1]
View full version: Rombongan Pengantin ‘Masuk Alam Bunian’ Disambut Dengan Asap Biru Dan Hijau


ADVERTISEMENT