Raline Publish time 29-6-2023 09:53 AM

Ringgit jatuh semula ke paras RM4.67 sedolar AS

Ringgit jatuh semula ke paras RM4.67 sedolar AS

https://assets.bharian.com.my/images/articles/RM1ringgit_1687960149.jpg
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan data ekonomi negara maju itu yang kukuh dan membolehkan dolar kembali meningkat, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada paras 4.6705/6740 berbanding dolar AS daripada 4.6640/6685, semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata mata wang yuan China kembali ke paras sebelum campur tangan selepas bank pusat negara itu, People's Bank of China (PBOC) tidak mengambil sebarang tindakan sokongan bagi menampung mata wang itu.

Malah, pemulihan ekonomi China juga tidak sebagaimana yang dijangkakan dan diburukkan lagi dengan penurunan 18.8 peratus bagi keuntungan perindustriannya dalam tempoh lima bulan pertama 2023, katanya.


Menurut Innes, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melakukan campur tangan pada awal minggu ini yang disifatkannya menjejaskan kadar jualan manakala pengeksport masih berkecuali daripada menjual pegangan dolar AS daripada hasil eksport yang telah meningkat kepada kira-kira AS$26.5 bilion atau 15.3 peratus daripada jumlah deposit bank oleh perniagaan.

"Selain daripada pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang lebih cenderung menurunkan kadar faedah, saya tidak pasti sama ada kita dapat mengekang sentimen yang lemah ini, terutamanya jangkaan penurunan yuan yang akan ketara dalam masa terdekat ini," katanya kepada Bernama.

Pada akhir urus niaga, ringgit ditutup rendah berbanding yen pada 3.2427/2454 daripada 3.2425/2458 dan susut berbanding euro kepada 5.1128/1166 daripada 5.1043/1092.

Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding pound pada 5.9292/9336 daripada 5.9326/9383, semalam.

Unit tempatan itu juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN iaitu mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4550/4581 daripada 3.4553/4592 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1054/1211 daripada 13.2155/2342.

Selain itu, ringgit juga susut sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 311.4/311.9 daripada 311.0/311.5 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.45/8.46 daripada 8.43/8.44.

-BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2023/06/1120202/ringgit-jatuh-semula-ke-paras-rm467-sedolar


tapaksuci Publish time 2-9-2023 12:26 AM

namun sekarang keadaan sudah jauh lebih baik, RM mengalami penguatan terhadap usd

rengkah_gunung Publish time 3-9-2023 01:28 PM

mata wang memang bersifat volatile ini dipengaruhi perdagangan antar bangsa dan kondisi ekonomi negara yang berkaitan satu sama lain. termasuk politik, ekonomo dan militer
Pages: [1]
View full version: Ringgit jatuh semula ke paras RM4.67 sedolar AS


ADVERTISEMENT