Raline Publish time 29-6-2023 09:41 AM

Alpine dapat suntikan dana lumayan

Alpine dapat suntikan dana lumayan


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/06/ALPINE.jpg
ALPINE mendapat suntikan dana lebih banyak bagi menjadikan mereka lebih kompetitif dalam saingan F1 musim ini. – AFP


LONDON – Pasukan Formula Satu (F1), Alpine Racing memperoleh suntikan kira-kira €200 juta (RM1.02 bilion) daripada sekumpulan pelabur, termasuk pelakon Hollywood, Ryan Reynolds yang membeli saham pasukan ter­sebut.

Pasukan Alpine Racing kini berada di tempat kelima dalam kategori pengeluar dan mereka sedang mencari dana tambahan untuk membantu mereka merapatkan jurang dengan pasukan elit F1 yang lain ketika ini.

Reynolds dan Rob McElhenney yang juga pemilik bersama kelab bola sepak Wrexham membuat kejutan dengan membeli 24 peratus kepentingan dalam pa­sukan Alpine Racing.

Reynolds yang merupakan pelakon terkenal dengan filem ‘Deadpool’ dan McElhenney adalah sebahagian daripada kumpulan yang turut merangkumi Otro Capital dan RedBird Capital Partners.

Reynolds dan McElhenney bersama rakan pelakon ­Michael B Jordan memiliki syarikat pelaburan yang dikenali sebagai Maximum Effort Investments.

“F1 dan Alpine adalah aset strategik bagi Kumpulan Renault. Sejak dua tahun lalu, kami telah menghidupkan semula Alpine dengan meningkatkan peluang menyertai perlumbaan berprestij dunia F1. Matlamat utama adalah menjadi pesaing kejuaraan.

“Kerjasama ini akan mempercepatkan pembangunan Alpine F1 sekali gus meningkatkan nilai jenama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Renault, Luca de Meo.

Alpine sebelum ini me­netapkan sasaran untuk mencapai pendapatan lebih €8 bi­lion (RM40.8 bilion) pada 2030.
– AGENSI


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/06/28/alpine-dapat-suntikan-dana-lumayan/

Pages: [1]
View full version: Alpine dapat suntikan dana lumayan


ADVERTISEMENT