mattzzx Publish time 28-6-2023 12:44 PM

Duplantis catat lompatan terbaik 2023

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ATHLETICS-IAAF-CZE-GOLDENSPIKE_1687919387.jpg
DUPLANTIS gembira selepas melakukan lompatan. FOTO AFP

Ostrava: Armand Duplantis memperbaharui lompatan terbaik musim ini dengan kelebihan satu sentimeter selepas melakukan 6.12 meter (m) pada saingan Golden Spike di Republik Czech.

Atlet Sweden kelahiran Amerika Syarikat itu, yang penyandang juara Olimpik dan juara dunia, sebelum ini melepasi 6.11m di Hengelo, Belanda 4 Jun lalu.

Pada Februari, Duplantis mencatatkan rekod dunia dalam dewan 6.22m di Perancis.

Di Ostrava Duplantis hanya berjaya melakukan 5.90m pada percubaan kedua dalam cuaca yang agak sejuk.

Bagaimanapun, dia berjaya melakukan lompatan lebih 6.00m dengan mudah ketika menjadi satu-satunya atlet yang tinggal dalam pertandingan itu.

Selepas palang dinaikkan terus kepada 6.12m, dia berjaya melepasinya ketika percubaan pertama.

Dia kemudian mencuba untuk melepasi ketinggian 6.17m tetapi gagal ketika atlet berusia 23 tahun itu sedang mempertajamkan lompatan menjelang kejohanan dunia tahun ini di Budapest yang bermula pada 19 Ogos.

"Saya fikir 6.12m adalah lompatan tertinggi yang saya akan buat hari ini," kata Duplantis.

"Saya cukup berpuas hati. Saya suka cara saya melompat. Lompatan pada 6.12 adalah sangat baik cuma cuaca sedikit sejuk daripada yang saya harapkan," kata Duplantis.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/06/982213/duplantis-catat-lompatan-terbaik-2023
Pages: [1]
View full version: Duplantis catat lompatan terbaik 2023


ADVERTISEMENT