mattzzx Publish time 26-6-2023 04:48 PM

Nasib malang menimpa Hakim Danish di Belanda

https://assets.bharian.com.my/images/articles/gege_1687768271.jpg
Aksi Hakim Danish (nombor 13) pada Perlumbaan 2 Piala Red Bull Rookies, semalam. - Foto ZK Racing

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli bertekad bangkit pada pusingan Piala Red Bull Rookies di Litar Red Bull Ring, Austria, 20 Ogos depan.

Hakim Danish tidak memperoleh keputusan diinginkan pada Perlumbaan 2 di Litar Assen, Belanda semalam apabila terjatuh sehingga menyebabkan dirinya tidak dapat menamatkan perlumbaan.

"Perlumbaan 2 tidak bagus untuk saya," kata Hakim Danish yang sebelum itu menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kelima.

"Saya terjatuh ketika berbaki empat pusingan. Ketika perlumbaan, saya memberikan tekanan di kelompok hadapan dan memberikan saingan sengit.


"Saya berasa yakin dan selesa dengan jentera. Namun nasib tidak begitu baik apabila saya terjatuh dan tidak dapat menamatkan perlumbaan. Apapun, terima kasih kepada semua yang menyokong. Saya akan berjuang lagi di pusingan seterusnya di Red Bull Ring, Austria nanti."

Selepas tamat saingan di Assen, Hakim Danish kini berada di kedudukan kesembilan keseluruhan dengan 67 mata, ketinggalan 33 mata daripada penghuni tangga kelima, Jacob Roulstone dari Australia.

Angel Piqueras dari Sepanyol mendahului carta kedudukan dengan 228 mata manakala rakan senegaranya, Alvaro Carpe di kedudukan kedua, 117 mata. Berada di kedudukan ketiga adalah Maximo Quiles, juga dari Sepanyol dengan 110 mata.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril turut tidak dapat memperoleh mata di Perlumbaan 2 apabila menamatkan saingan di tempat ke-16.

"Saya menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 dan saya akan berusaha lagi untuk perlumbaan seterusnya," kata Danial.
https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2023/06/1119289/nasib-malang-menimpa-hakim-danish-di-belanda
Pages: [1]
View full version: Nasib malang menimpa Hakim Danish di Belanda


ADVERTISEMENT