mattzzx Publish time 26-6-2023 04:42 PM

10 atlet berbasikal layak ke Hangzhou

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bas_1687765787.jpg
TRIO pecut berpasukan negara, Fadhil Zonis, Umar Hasbullah dan Ridwan Sahrom ketika menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional, baru-baru ini.

Kuala Lumpur: Seramai 10 atlet berbasikal sudah mengesahkan penyertaan di temasya Sukan Asia Hangzhou, China, September depan selepas melepasi syarat ketat yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Mazlan Md Jail berkata daripada 10 atlet terbabit sembilan daripadanya mereka yang beraksi dalam acara trek akan bertanding di bawah tiket A manakala seorang lagi tiket B dalam acara lebuh raya.

"Kita asalnya mencadangkan 16 nama tetapi keputusan awal hanya melayakkan sembilan pelumba dalam kategori A dan seorang kategori B1.

"Lima pelumba lelaki Datuk Azizulhasni Awang, Muhamad Shah Firdaus Sahrom, Muhamad Fadhil Zonis, Muhamad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah serta empat pelumba trek wanita, Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Nur Aliana Syafika Azizan dan Yong An Yi, berjaya mendapat kategori A.

"Manakala untuk lebuhraya, hanya pelumba wanita, Phi Kun Pan tersenarai dalam kategori B1, selepas menduduki tempat keenam perlumbaan di kejohanan Berbasikal Lebuhraya Asia (ACC) 2023 di Rayong, Thailand," katanya.

Untuk rekod pada edisi laludi Palembang-Jakarta skuad berbasikal menamatkan saingan dengan memperoleh satu emas iaitu dalam acara pecut individu menerusi Datuk Azizulhasni Awang, satu perak dalam pecut berpasukan dan gangsa dalam acara keirin lelaki.

Dalam perkembangan sama, koordinator Kejohanan PKBM, Kamarul Aizat berkata, pihaknya berkemungkinan tidak akan merayu kepada MOM bagi menambah lagi atlet berbasikal beraksi di temasya Sukan Asia.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/06/981652/10-atlet-berbasikal-layak-ke-hangzhou
Pages: [1]
View full version: 10 atlet berbasikal layak ke Hangzhou


ADVERTISEMENT