mattzzx Publish time 26-6-2023 09:55 AM

Bagnaia juara MotoGP Belanda

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-MOTOGP-NETHERLANDS__1687699610.jpg
BAGNAIA bersama trofi kejuaraan.

Assen, Belanda: Francesco Bagnaia muncul juara MotoGP Belanda sebentar tadi untuk melebarkan lagi kedudukan dalam kategori kejuaraan.

Marco Bezzecchi meraih tempat kedua manakala pelumba Afrika Selatan Brad Binder yang pada mulanya menduduki tempat ketiga terpaksa berputih mata apabila ditolak ke tangga keempat selepas dikenakan penalti susulan melepasi had limit trek.

Hukuman ke atas Binder membolehkan Aleix Espargaro naik ke podium selepas Binder berdepan nasib sama pada acara pecut semalam.

Bagnaia kini mendahului 35 mata di depan Bezzecchi menjelang rehat musim panas dengan perlumbaan bakal kembali bersambung pada awal Ogos di Silverstone.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/06/981414/bagnaia-juara-motogp-belanda
Pages: [1]
View full version: Bagnaia juara MotoGP Belanda


ADVERTISEMENT