CARI-MAL Publish time 26-6-2023 07:17 AM

Setahun Memencilkan Diri, Amber Heard Melangkah Yakin Di Karpet Merah Selepas Kalah Kes Saman Terhadap Johnny Depp

Amber Heard yang memencilkan diri daripada dunia Hollywood setahun lalu muncul di Festival Filem Taormina di Itali baru-baru ini.


Ia merupakan kemunculan pertama Amber dikhalayak ramai selepas kalah dalam kes saman terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/26/071513xlvpel6o1mg7xrrb.jpgPeople




Amber dilaporkan hadir ke acara tersebut bagi tayagan perdana filem lakonan terbaharunya berjudul In The Fire.


Bintang Aquaman itu dilihat penuh keyakinan saat melalui acara karpet merah selain sempat melayani peminat dengan mengambil gambar bersama mereka.


Kemunculannya itu menarik perhatian ramai malah netizen memuji kejelitaan Amber yang dilihat semakin menyerlah.


"Dia memang seorang wanita yang berani. Dia tak pernah putus asa walaupun ramai yang tidak senang dengannya.


"Wajahnya semakin berseri dan nampak bersemangat," komen netizen.


Pada Jun tahun lalu, mahkamah memerintahkan pelakon itu membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65 juta) kepada Johnny selepas kalah dalam saman mendakwa didera bekas suaminya itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/26/071513u5vufzf5w2hfw5tw.jpgJust Shared




Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.


Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat terhadap Johnny.




Sumber: mStar

anony-mous Publish time 3-7-2023 03:23 AM

Knp nmpk gemok n haggard? Walhal sblm ni cun sgt di mata i

iolss Publish time 12-7-2023 05:52 PM

dah x cun mcm dlm aquaman dlu dah

_blackbird Publish time 13-7-2023 11:53 AM

beza bebenor masa sara hidup guna duit jantan kaya dengan skang kena sara diri sendiri. dulu baju helok terletak walaupon style trashy2 skang ni baju pon nampak murah, kasut gucci pon mcm level gred AA je :lol::lol:

KikiHadid Publish time 18-7-2023 04:53 PM

Igt mata aku je nmpk muka dia mcm nmpk tua..bg aku dlm aquaman dia mmg hot..cntik betholll dgn rambut merah..awat dh x seanggun sblm ni..hidup acik amber masih serabut kah

ina_na Publish time 18-7-2023 08:32 PM

Ternyata bila duit bermata2 dr nan hado pun leh jd jelita..bl duit x bermata2 dr jelita knp nan hado..

Selubung Publish time 19-7-2023 01:47 AM

Dah elok2 dpt johnny deep kau gi buat jahat kat dia hmmm

laicibiru Publish time 19-7-2023 07:24 PM

_blackbird replied at 13-7-2023 11:53 AM
beza bebenor masa sara hidup guna duit jantan kaya dengan skang kena sara diri sendiri. dulu baju he ...

kalau tak nampak logo tu, mungkin iols ingat kasut level beli dekat kedai biasa je, bukan designer boutique

laicibiru Publish time 19-7-2023 07:25 PM

nampak la sheols pon macam kekurangan dana nak berdandan. Sape je nak bagi job lagi dekat sheols lepas kes tu.

Yoonggi Publish time 21-7-2023 10:10 AM

aku tgk dia dlm aquaman tu like wow, cantiknya pompuan ni. ni tulah dgn abam jonny la nih jadik serupa gini skrg

Page88 Publish time 15-8-2023 07:20 AM

The one person that should go away forever is this woman.
Pages: [1]
View full version: Setahun Memencilkan Diri, Amber Heard Melangkah Yakin Di Karpet Merah Selepas Kalah Kes Saman Terhadap Johnny Depp


ADVERTISEMENT