tatod Publish time 25-6-2023 07:56 PM

Pelakon Jepun Tak Sangka Ultraman Diminati Di Malaysia

Pelakon Hiroki Matsumoto yang melakonkan watak Ultraman Decker sama sekali tidak menyangka francais adiwira popular itu cukup diminati di Malaysia.


Kehadiran Matsumoto pada majlis pelancaran siri adiwira baharu dari Jepun, Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar turut ditemani dua rakan pelakon, Yura Murayama (Ichigo Kirino) dan Raiga Terasaka (Ultraman Trigger).


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/25/195451l0pxuh96i9xiirv6.pngDari kanan, Yura Murayama, Hiroki Matsumoto dan Raiga Terasaka hadir memeriahkan siri jelajah dan sidang media Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar di LaLaport Bukit Bintang. - NSTP/Rohanis Shukri




Pelancaran yang diadakan di perkarangan LaLaport Bukit Bintang, di sini, hari ini mendapat sambutan hangat peminat tempatan.


Matsumoto menyifatkan sambutan meriah pada majlis pelancaran, hari ini menjadi perkara yang akan diingati.


"Terima kasih menyokong kami terutama siri Ultraman sejak dari dahulu sampai sekarang. Saya tahu sudah banyak karakter Ultraman disiarkan, tetapi saya bangga menerima sambutan baik penonton di Malaysia.


"Saya berbesar hati diberi tanggungjawab menggalas watak Ultraman Decker. Ramai juga peminat Ultraman Decker di sini. Saya harap semua orang gembira dan terhibur hari ini," katanya.


Turut hadir, Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro, Farah Fauzana dan Pengurus Eksekutif Jabatan Perniagaan Antarabangsa Tsubaraya Productions, Kei Minamitani.


Program Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar diadakan di LaLaport Bukit Bintang antara 10 Jun hingga 2 Julai depan turut menyediakan pameran istimewa, Ultraman Decker termasuk aktiviti menarik untuk pengunjung.


Penganjuran juga menjadi acara rasmi francais Ultraman bersama peminat buat kali pertama di Malaysia menerusi kerjasama Astro, Tsuburaya Productions dan Lalaport Kuala Lumpur.


Kemunculan francais adiwira popular itu di saluran televisyen (TV) tempatan masih ditagih peminat apabila masing-masing jelas tidak sabar menantikan tayangannya di saluran Astro Ceria, jam 8.30 malam, mulai 8 Julai depan.




Sumber: BH Online

prince_marhaen Publish time 26-6-2023 12:15 PM

Nokkkkkk...ko lahir 1999, sebelum-sebelum tu pun otromen dah jadi culture budak2 sini dikkkkkkk... hahahahahahaha

kakikuDibibirmu Publish time 26-6-2023 06:38 PM

prince_marhaen replied at 26-6-2023 12:15 PM
Nokkkkkk...ko lahir 1999, sebelum-sebelum tu pun otromen dah jadi culture budak2 sini dikkkkkkk... h ...

terengganu darul runtuh   

http://i.imgur.com/I4LPV.png

http://i.imgur.com/cekxhpB.png

http://i.imgur.com/9QbXZlb.jpg

http://i.imgur.com/5lg5Fqt.jpg

http://i.imgur.com/hyYlL5r.jpg

http://i.imgur.com/Q9i2QOF.jpg

http://i.imgur.com/kY7r24U.jpg

http://i.imgur.com/qaRBZEf.jpg

kakikuDibibirmu Publish time 26-6-2023 06:39 PM

lHPWjwZd6Gc

ninja boy Publish time 10-7-2023 01:17 AM

Edited by ninja boy at 10-7-2023 01:18 AM

Korang xrasa kena tipu hidup2 dgn attromen bangunan kertas terbakar bergasak, attromen monster alien pakai maskot asal boleh niaga murahan gitu, pelakon muka xde jiwa wakakaka

chiyoasuka Publish time 27-7-2023 01:57 AM

femes kot otromen ni dkt malaysia. hahahhaha bdk2 lelaki dirumah sllu berebut nak tgok

Tinot7 Publish time 29-7-2023 02:41 PM

Apa la yg best sgt psl otomen ni...
Pages: [1]
View full version: Pelakon Jepun Tak Sangka Ultraman Diminati Di Malaysia


ADVERTISEMENT