mattzzx Publish time 25-6-2023 01:25 PM

Kasma takluk Litar Antarabangsa Sugo

https://assets.bharian.com.my/images/articles/KasmaSugo_1687611494.jpg
Kasma Daniel Kasmayudin (tengah) menaiki podium Kejuaraan Motosikal Asia buat kali pertama bagi kempen 2023 di Litar Antarabangsa Sugo, Jepun hari ini. – Foto ARRC

KUALA LUMPUR: Kasma Daniel Kasmayudin menawan Litar Antarabangsa Sugo, Jepun sekali gus meraih kemenangan sulungnya dalam kelas ASB1000cc bagi kempen Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023.

Pada Perlumbaan 1 Pusingan 3 hari ini, Kasma yang menyertai Kejuaraan Motosikal Dunia pada Grand Prix Itali dan Jerman dalam kelas Moto2 baru-baru ini menamatkan saingan di bumi Jepun dengan catatan 29 minit 37.392 saat.

Mengekori rapat pelumba Yamaha Gen Blu Racing Team ASEAN itu di tempat kedua adalah Markus Reiterberger (ONEXOX BMW TKKR Team) dengan catatan 29:39.529s manakala Keisuke Maeda (Team GYTR) melengkapkan podium di tempat ketiga 29:42.993s.

"Pada awal perlumbaan, saya tidak berasa yakin tetapi saya sentiasa memberikan tumpuan kepada kelompok depan. Kemudian saya sedar yang saya mempunyai potensi untuk ke depan, jadi saya cuba merapatkan jurang dari satu pusingan ke satu pusingan. Strategi saya berhasil dan saya bersyukur dengan kemenangan pertama bagi musim ini," kata Kasma.



Selepas kemenangan itu, Kasma kini berkongsi 61 mata dengan pelumba Honda Asia-Dream Racing with SHOWA, Andi Farid Izdihar dan berada di kedudukan keenam keseluruhan kelas perdana.

Kasma masih mempunyai satu lagi perlumbaan esok dan pelumba berusia 22 tahun itu mahu mengulangi pencapaian yang diraih bagi merapatkan jurang mata dengan kelompok lima teratas yang ketika ini didahului Reiterberger, 93 mata.

"Masih ada satu perlumbaan esok dan saya akan berusaha untuk mengulangi kejayaan ini," kata Kasma.
https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2023/06/1118622/kasma-takluk-litar-antarabangsa-sugo
Pages: [1]
View full version: Kasma takluk Litar Antarabangsa Sugo


ADVERTISEMENT