CARI-MAL Publish time 23-6-2023 09:45 PM

Susuk Hitam Tinggi Di Sebelah Katil Pesakit Dalam ICU, Pukul 3 Pagi Mana Ada Pelawat Dibenarkan Masuk?

Sebuat mengenai hospital, pasti tidak lari daripada menceritakan pengalaman seram di sebaliknya.


Dalam sebuah kisah tular ini pula, seorang gadis berkongsikan sebuah video dalam ruang ICU yang awalnya dirakam untuk diberikan kepada ibunya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/23/214304jp7dppa6llboga7l.jpgTikTOk




Dalam rakaman berdurasi 4 saat itu, apa yang mengejutkan adalah penampakan kelibat susuk hitam tinggi berdiri bersebelahan katil pesakit bertentangan.


Difahamkan, kejadian berlaku jam 3 pagi, di mana pelawat juga tidak dibenarnya menjenguk mana-mana penghuni ICU pada waktu sebegitu.


Jadi, siapakah atau apakah sebenarnya gerangan sosok hitam tersebut? Jelas empunya video, dia sendiri sukar menjelaskan tentang ‘benda’ tersebut lantaran saat itu keadaannya juga tidak begitu baik.




202306up_168752785113


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/23/214420vqq99qgsqbagh7iq.jpg



Meninjau ke ruangan komen, ribuan netizen hadir dengan memberikan tanggapan yang berbeza-beza. Rata-ratanya akui cukup meremang melihat video misteri itu.


Ada yang berkata sosok itu tidak mempunyai kaki. Namun dalam sudut lain, ada yang menyifatkan ia cumalah wanita biasa memakai jubah dan tudung labuh hitam.




Sumber: Kisah Dunia

Perawankota Publish time 24-6-2023 02:00 AM

Sekali tgk mcm org berjubah berpurdah.. tapi tak tau la

eyansss Publish time 24-6-2023 02:21 AM

dah ada patient yang ada kat tempat kejadian cerita tu manusia biasa…waris si lelaki n dia boleh masuk sebab nak uruskan ward…aku dulu nurse siap panggil suruh masuk sebab adik aku dah dapat ward…

imransulaiman Publish time 24-6-2023 04:51 AM

Manusia biasa kot. Wad ICU ada je ahli keluarga yang boleh masuk at any time dengan kebenaran. Apa lagi kalau pesakit tu nazak..

Samerosie Publish time 24-6-2023 09:37 AM

Ada bayangkan bukanlah hantu.

Mini.Me Publish time 24-6-2023 10:56 AM

Sekali pandang seram jugak...Kalau kat emergency zon kuning ke merah ke boleh je waris masuk tak kira waktu...tapi tak boleh beramai ramai laa

CardiGans85 Publish time 24-6-2023 05:16 PM

Xpelik pun

liyamariska Publish time 24-6-2023 05:58 PM

rupa berjubah hitam cm tu pn dh mengundang spekulasi...

{:8_643:}

shernazz Publish time 24-6-2023 07:11 PM

Choi
Iols baru je kena kacau subuh tadi
Iols dok ward 2 bedded...katil sebelah kosong
Masa iols ngah nyusukan baby...iols dengar ada org masuk ke katil sebelah n tuang air
Iols pung igt mmg orang lah ..buat tak tau jelah kan
Then pkl 7 iols nak ke toilet..weiiii takde orang...choiiiiki
{:8_670:}

azahan Publish time 25-6-2023 03:12 PM

Tgk susuk tu pegang handphone. Mana ada hantu main wasap

blue_blur Publish time 27-6-2023 09:45 AM

ngada... tu laki dia kat depan dia, memang bukan visitor, tapi mungkin ada urusan lain ke apa yang boleh masuk..

mana boleh rakam benda2 macam ni, takkan keluar punya image clear macam tu (walaupun ramai saksi nampak benda sama), tapi rekod tak keluar apa2..

shy79 Publish time 30-6-2023 10:31 AM

baru tertengok video ni..
apa ke bongok nya si perakam pun..
yg editor cari pun 2kali5..
wad icu & emergency pun tak reti beza..
ni wad kecemasan ofc la kalau patient tu nk dihantar ke wad, waris boleh masuk..
typical melayu sikit2 acah2 mistik hantu bagai..
sakit2 pun sempat lagi record video..
untunglaa dpt 5M view yaa {:gif_rolleye:}

cmf_jeangrey Publish time 1-7-2023 01:58 AM

So lepas end video tu, ko buat apa sis? Terus perati, sambung tido atau buat2 pengsan? Berdepan kot takleh lari mana kecuali zass hilang gitu je :o

che-cikL Publish time 1-7-2023 10:08 PM

Blh je teman patient kat kecemasan kalau ada hal2 tertentu. Mmg nurse ada nombor kita yg teman, kadang2 suruh masuk nak ambil barang2 patient tu
Yihhh sgt BBNU ni. Tgh separuh nyawa (kut ye la, dah masuk kecemasan) pun berharap viral.LEMAHHhhh

sufi^_^ Publish time 14-7-2023 03:20 PM

Ni bukan ICU, tapi observation area kat emergency.

memang boleh je waris masuk kalau doktor panggil, esp kalau nak naik wad.

Tu perempuan berjubah betudung labuh hitam.

sufi^_^ Publish time 14-7-2023 03:21 PM

Bbnu betul rakam video masa kat hospital.

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 01:25 AM

Orang kot atau bayang2
Pages: [1]
View full version: Susuk Hitam Tinggi Di Sebelah Katil Pesakit Dalam ICU, Pukul 3 Pagi Mana Ada Pelawat Dibenarkan Masuk?


ADVERTISEMENT