Raline Publish time 23-6-2023 08:28 AM

DASYAT.....FITNAH akhir zaman ke? 'Ada 936 gambar tangkap layar laman sesawang lucah pada telefon Ebit Lew'

'Ada 936 gambar tangkap layar laman sesawang lucah pada telefon Ebit Lew'

https://assets.bharian.com.my/images/articles/EBIT_LEW_1687441443.jpg
Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah kepada mangsa. Gambar fail


TENOM: Seorang saksi dalam perbicaraan kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini, sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman sesawang berunsur lucah diperoleh hasil analisisnya daripada sebuah telefon bimbit.

Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Latifah Abdul Aziz, 43, berkata daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.

"Saya mohon merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021," kata saksi ketujuh pendakwaan itu.

Latifah turut memaklumkan, beliau juga diarahkan untuk menjalankan analisis bagi sebuah lagi telefon bimbit dan menemui lapan imej berunsur lucah.

Beliau berkata, imej itu adalah daripada aplikasi WhatsApp dan mendapati hanya satu imej saja yang mempunyai penambahan pelekat aplikasi WhatsApp.

Semalam, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa laman sesawang itu diakses daripada aplikasi Google.

Pada prosiding hari ini, peguam Ram Singh yang mewakili Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google.

Ram berpendapat tiada bukti dalam sejarah carian melalui Google bahawa sesebuah laman sesawang sebenarnya dilawati sebagaimana dikatakan saksi.

Beliau berkata, terlalu banyak carian dibuat dalam telefon bimbit itu yang dianalisis saksi dan tidak relevan kepada pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berkata, pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh pertuduhan.

Zahida berkata, keterangan itu penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh berkenaan yang melayari laman sesawang itu sebelum menghantar mesej berunsur lucah kepada pengadu.

Ebit Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok. – BERNAMA


Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1117828/ada-936-gambar-tangkap-layar-laman-sesawang-lucah-pada-telefon-ebit

manehnya Publish time 23-6-2023 09:46 AM

yg analisis tu polis, fakta kot.. fitenah lagi?

laksmanabentan Publish time 26-6-2023 03:28 PM

handphone tu bukan EL yang pegang sorang2..
tapi team semua pakai dan gunakan..
kongsi2 atas dasar kerja hokeyy..
so tak leh la tuduh itu EL punya kerja kannn...

toxicated Publish time 7-7-2023 11:16 PM

Dkt ig cap ckp org kanan ebit dh say good bye kt dia. Apsal?

Lolalala Publish time 8-7-2023 10:05 PM

toxicated replied at 7-7-2023 11:16 PM
Dkt ig cap ckp org kanan ebit dh say good bye kt dia. Apsal?

Semoga ada yg tahu cerita sebenar tumpahkan teh. Baca igs org tu sebab dah usik family dia. Kena ugut kot, tu dia post public.
Pages: [1]
View full version: DASYAT.....FITNAH akhir zaman ke? 'Ada 936 gambar tangkap layar laman sesawang lucah pada telefon Ebit Lew'


ADVERTISEMENT