Raline Publish time 22-6-2023 07:58 PM

Tun Abdul Taib Mahmud dalam keadaan baik, sihat

Tun Abdul Taib Mahmud dalam keadaan baik, sihat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm22taib_1687434591.jpg
TUN Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika hadir pada Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kedua DUN Sarawak Ke-19 di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Petra Jaya Kuching, Sarawak pada 15 Mei 2023. FOTO NADIM BOKHARI



Kuching: Astana Negeri Sarawak menyangkal dakwaan yang tular di media sosial bahawa Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud sedang tenat.

Setiausaha Sulit Yang di-Pertua Negeri, Juhih Salleh Ahmad dalam kenyataan petang ini memaklumkan, Abdul Taib kini berada dalam keadaan baik dan sihat.

"Berita yang tular di platform media sosial dan tidak disahkan yang bukan daripada Astana Negeri Sarawak mengenai kesihatan Tun Taib di adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

"Astana Negeri Sarawak ingin meyakinkan seluruh rakyat Sarawak bahawa Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud sihat dan berada dalam keadaan baik," katanya.

Justeru katanya, Astana Negeri Sarawak berharap dengan kenyataan itu semua laporan tidak benar dan khabar angin mengenai Abdul Taib dihentikan.

Abdul Taib, 87, mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh pada 1 Mac 2014 bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 28 Februari 2014.

Dilahirkan di Miri pada 21 Mei 1936, beliau adalah Ketua Menteri Sarawak yang keempat yang berkhidmat selama 33 tahun mulai 1981 sehingga 2014.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/980379/tun-abdul-taib-mahmud-dalam-keadaan-baik-sihat

CatMiow Publish time 23-6-2023 08:17 AM

Amboi, boleh tahan wife baju macam kuwen, rantai macam royal britain.

Raline Publish time 23-6-2023 08:32 AM

CatMiow replied at 23-6-2023 08:17 AM
Amboi, boleh tahan wife baju macam kuwen, rantai macam royal britain.

mcm amywinehouse kan?

aemon Publish time 23-6-2023 12:06 PM

Raline replied at 23-6-2023 08:32 AM
mcm amywinehouse kan?

mcm anjulie je

dekmieDandy Publish time 23-6-2023 12:08 PM

berkongsi saka ke dengan atuk :lol:

msxx Publish time 24-6-2023 12:17 PM

Raline replied at 23-6-2023 08:32 AM
mcm amywinehouse kan?

Ya..aku tgk pon mcm amy winehouse

meowww05 Publish time 25-7-2023 09:26 PM

Scary muka bininya ittew {:1_535:}

sharlenetexas Publish time 31-7-2023 10:09 PM

Kata ada masalah kolon? Dah sembuh ke?

watachiwa Publish time 1-8-2023 01:49 PM

owh x sihat ke dia?

berapa dah umurnya tu tahun ni?

royaldanish Publish time 3-2-2024 05:55 PM

viral harini… byk betul kotak donation atau nak blk kampung?

800214 Publish time 3-2-2024 07:51 PM

royaldanish replied at 3-2-2024 05:55 PM
viral harini… byk betul kotak donation atau nak blk kampung?

Katanya meninggalkan kediaman.. Tok taib ok tak tuuuu?

krustykrab Publish time 3-2-2024 08:14 PM

Kurus dah ragad...dulu memboyak

800214 Publish time 3-2-2024 09:04 PM

krustykrab replied at 3-2-2024 08:14 PM
Kurus dah ragad...dulu memboyak

Potong usus apa eh? Kemain tetiba kurus. Dulu kemain mcm telan yeast

krustykrab Publish time 3-2-2024 09:52 PM

royaldanish replied at 3-2-2024 05:55 PM
viral harini… byk betul kotak donation atau nak blk kampung?

Kusi meja karpet pun diangkut sekali katanya

royaldanish Publish time 3-2-2024 10:51 PM

800214 replied at 3-2-2024 11:51 AM
Katanya meninggalkan kediaman.. Tok taib ok tak tuuuu?

entah apa kabar arkib neg sarawak skg

royaldanish Publish time 3-2-2024 10:53 PM

krustykrab replied at 3-2-2024 01:52 PM
Kusi meja karpet pun diangkut sekali katanya

sampai carpet ku angkut sekali ;P
tyt yg baru nanti masuk semua baru jugak.
menteri2 lain pun x berani nak guna bekas atok taib {:1_535:}

royaldanish Publish time 3-2-2024 10:54 PM

800214 replied at 3-2-2024 01:04 PM
Potong usus apa eh? Kemain tetiba kurus. Dulu kemain mcm telan yeast

ready nak mendoniaaaaa agaknya cuols. duit pun 7 keturunan toreh pun tak nampak kesan

epal_putih Publish time 4-2-2024 10:20 AM

Katanya dah packing barang nak ke labenon... betoi ko???

kaseh80 Publish time 4-2-2024 10:52 AM

Dgn kerusi pinggang mangkok di angkut sekali
Hebat Gad :lol:

noxnox Publish time 4-2-2024 02:17 PM

royaldanish replied at 3-2-2024 05:55 PM
viral harini… byk betul kotak donation atau nak blk kampung?

ini kediaman rasmi tyt or tun taib punya private residence ?
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Tun Abdul Taib Mahmud dalam keadaan baik, sihat


ADVERTISEMENT