mattzzx Publish time 22-6-2023 05:10 PM

Damok tak sabar kembali berlumba

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/dm_1687419169.jpg
DAMOK alami kecederaan selepas terbabit nahas di GP Itali.

Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman akan melalui pemeriksaan kesihatan menjelang Grand Prix (GP) Belanda bermula esok sehingga Ahad ini bagi menentukan sama ada dia dibenarkan beraksi atau sebaliknya pada pusingan kelapan Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP).

Syarifuddin atau Damok berkata, dia sememangnya cukup teruja untuk kembali berlumba selepas terpaksa berehat pada GP Jerman sebelum ini apabila mengalami kecederaan di GP Itali, 11 Jun lalu.

Dia terbabas ketika sesi latihan bebas kedua GP Itali, dan dilihat melambung ke udara sebelum tertunduk menahan kesakitan.

Pelumba berusia 22 tahun itu kemudiannya diisytihar tidak cergas untuk berlumba di Litar Mugello sebelum disahkan mengalami keretakan pada tulang rusuk kiri.

Meskipun memerlukan tempoh tiga minggu untuk pulih, Damok yang beraksi bersama pasukan MT Helmets-MSI tetap berharap dapat berlumba di Litar TT Assen yang juga pengalaman pertamanya beraksi di litar itu sekiranya dibenarkan beraksi.

"Saya teruja dan gembira untuk kembali beraksi di Assen. Saya akan memberikan fokus untuk mendapatkan keputusan terbaik dan berusaha tidak ulangi kesilapan di perlumbaan lalu.

"Saya akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Assen sebelum beraksi. Tidak sabar kembali bersama jentera saya," katanya.

Pada GP Itali, tempat Damok digantikan seorang lagi pelumba negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-26.

Setakat ini, Damok sudah mengumpul lima mata untuk berada di kedudukan ke-24 selepas meraih penamat ke-11 di GP Argentina, awal April lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/06/980293/damok-tak-sabar-kembali-berlumba
Pages: [1]
View full version: Damok tak sabar kembali berlumba


ADVERTISEMENT