CARI-MAL Publish time 22-6-2023 04:38 PM

Pelanggan Berang Sampai Ada Yang Keluar Kafe Tak Tahan Ibu Bapa Buat Tak Tahu Anak Terpekik Melolong

Bingit suara kanak-kanak memekik sememangnya boleh membantutkan selera makan dan mengganggu ketenangan awam.


Begitulah nasib malang pelanggan di sebuah kafe popular, baru-baru ini apabila kanak-kanak melolong tanpa henti.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/22/163646hleq3he3lv7zezyy.jpgTikTok




Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan beberapa pelanggan yang berada di premis tersebut tidak selesa dan terganggu dengan jeritan kanak-kanak terbabit.


Menurut lelaki yang memuat naik video tersebut, dia kesal dengan sikap ibu bapa kepada kanak-kanak itu kerana disifatkan tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.


"Sejam anak awak menjerit memekik, sekali pun tak ditegur. Kami semua tak nak dengar anak awak menjerit dengan pitch tinggi," katanya.


Malah, dia mendakwa terdapat segelintir pelanggan yang terpaksa 'angkat kaki' gara-gara tidak tahan dengan bunyi bising teriakan kanak-kanak berkenaan.




202306up_1687423024217


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/22/163646kk28hehihh55m922.jpg



Namun, orang ramai tidak dapat berbuat apa-apa kerana ibu bapa kanak-kanak itu tidak mempedulikan anak mereka membuat bising di premis tersebut.


"Kalau dah decide nak duduk restoran tertutup, tolonglah bertimbang rasa. Jangan pentingkan diri sendiri," ujarnya menerusi video berdurasi 29 saat itu.


Dia turut menegaskan bahawa anak kepada pasangan yang tidak bertimbang rasa itu bukan menghidap autisme atau sindrom down yang mungkin dikaitkan dengan tantrum.


Menurutnya lagi, beberapa pelanggan di kafe itu merakam kanak-kanak tersebut menjerit sebagai tanda protes.


"Ada orang lain yang rakam, siap play balik bunyi anak awak menjerit. Orang pandang-pandang awak, awak tak peduli langsung.


"Saya tak cakap saya nak makan borak dengan senyap sunyi macam dalam hospital atau perpustakaan. Tapi tolonglah, anak awak tak tahu, awaklah tegur.


"Lain kali, borak dekat rumah. Buat Zoom atau Google Meet ke, tak kacau telinga orang lain," katanya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/22/163646ns33ujyupc8j60p3.jpg



Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan sikap ibu bapa berkenaan yang sengaja membiarkan anak mereka mencetuskan keadaan tidak selesa di kafe.




Sumber: mStar

Thunderclouds Publish time 22-6-2023 05:27 PM

Dh lama x eat out mana².
Sabit ada ank autistic.
Take away blk mkn kt umah.
Bukan takat risau ganggu org, aku sendri nk mkn in peace.
So aman² is home.

sofyayra Publish time 22-6-2023 06:12 PM

Sebab tu aku tak judge kalu tgk kt kedai org bg fon kt anak2 ubat nak srh diam.

Aku pun kdg bg depa main phone/ bawak buku cerita / buku mewarna supaya depa diam tak kacau org.

intan244 Publish time 22-6-2023 09:22 PM

kalau meols, panggil waiter suruh bgtau parents tu dah. org kalau dah jeling2x pon xde concern ni kena tegur direct baru sedar.

Carcosa Publish time 22-6-2023 11:02 PM

Dia tunggu masa je tu, tunggu org tego dia direct.
Once org tego je, nnti dia keluar phone, dan dia terus berubah menjadi haiwan yg bernama Karen.
Nnti upload video, ckp org marah2 dia sbb anak dia bising. Takde perikemanusiaan ke hah? Budak mana boleh kawal perasaan? Kita yg adult ni harus pandai kawal emosi. Sabar kan separuh drpd iman? Ni mesti belum ada anak ni. Kids will be kids ok?
Dan berbondong2 lah mak2 yg lain bersetujuuuuu.

PULANGKAN Publish time 23-6-2023 02:36 AM

dulu pernah masuk restoran dalam mall, sekali satu budak menangis, 3 budak kecik dari meja berlainan join menangis. semua meraung. bingit gila

mak bapak buat bodo ja
lepas tu ada waiter tu cakap kuat2, "Aiyo, bising woo. Macam alarm kereta!"

5 orang mak dukung budak berlari keluar restoran
2 meja family kosong terus nak gi bayar:lol:

airmineral Publish time 23-6-2023 03:44 AM

kesian budak tu terjerit²
ape benda la yg dia nak tu
parent boleh buat xtau je budak tu terjerit² lama²?

Meiizu Publish time 24-6-2023 01:07 AM

Anak normal kan?
Elok2 normal ko biar perangai mcm monkey ..tak reti nak stopkan anak..pikir diri sendiri je ke apa

kucingitam Publish time 24-6-2023 11:25 AM

mana tau anak dia bukan austism?
Pages: [1]
View full version: Pelanggan Berang Sampai Ada Yang Keluar Kafe Tak Tahan Ibu Bapa Buat Tak Tahu Anak Terpekik Melolong


ADVERTISEMENT