CARI-MAL Publish time 22-6-2023 03:48 PM

Kecoh Penampakan Rumah Mewah Di Tengah Kuburan, Lengkap Dengan Kolam Renang

Penampakan sebuah rumah mewah di tengah-tengah kubur menggemparkan warganet.


Menerusi video yang tular, rumah mewah itu menarik perhatian netizen kerana lokasinya yang bukan biasa-biasa.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/22/154501amg2xddzgvdnjwpg.jpgGrid




Umumnya, rumah mewah berada di kawasan kejiranan elit dengan pemandangan yang indah.


Penampakan rumah mewah di tengah kubur itu berlaku di Darma, Kuningan di Jawa Barat, Indonesia.


Pemiliknya mengakui menelan belanja yang cukup besar hingga Rp 5 bilion (RM1.6 juta) untuk membina istana mewah tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202306/22/154738xvuw95lwp88u5wse.pngYouTube




Disiarkan daripada akaun YouTube Saluran Rizquna, sekali pandang rumah itu kelihatan seperti bangunan masjid.


Hanya ada kubur di sekeliling rumah, tiada bangunan lain kelihatan.


Pemilik rumah bernama Agus berkata, rumah mewahnya yang dibina tiga tingkat itu mempunyai 12 bilik tidur dan tujuh bilik mandi, serta terdapat kolam renang di tingkat tiga.


Agus merupakan ahli perniagaan sunat laser yang terkenal di luar negara.




0tjKhfxXLS0


Beliau mengeksport produknya ke 64 negara termasuk Asia, Timur Tengah dan Eropah.




Sumber: mStar

Ayda89 Publish time 22-6-2023 04:03 PM

Eksport produk apa? Nak hidup dalam rumah mewah di dunia sambil mengingati kematian kot tu buat rumah sebelah kubur huhuhu

Belibis Publish time 22-6-2023 04:31 PM

'sunat laser' yang diekskportnya??

Samerosie Publish time 22-6-2023 06:42 PM

Rm1.6 juta tapi pesen ntah apa2 ntah rumah ni.Style 90an yg buruk.

SalenaGomez Publish time 23-6-2023 05:55 AM

Samerosie replied at 22-6-2023 06:42 PM
Rm1.6 juta tapi pesen ntah apa2 ntah rumah ni.Style 90an yg buruk.

Sana mmg rumah mcm ni laaa standed nya kalau luar jakarta

SalenaGomez Publish time 23-6-2023 05:56 AM

Belibis replied at 22-6-2023 04:31 PM
'sunat laser' yang diekskportnya??

Itu lah baca x faham …apa yg di eksport nya??

liyamariska Publish time 23-6-2023 06:45 AM

rupa rumah terlalu caca marba, terletak kt area perkuburan...

hmmm....ok...

{:8_643:}

CoffeeOverdose Publish time 23-6-2023 08:56 AM

Iol husnudzon yg dia sbnrnya buat hotel utk para roh yg dtg melawat ahli keluarga. {:8_643:}

tri-max Publish time 23-6-2023 03:55 PM

confirm kalau jemput kenduri lepas maghrib
takda sapa datang
nak healing dlm umah pun ghisauuuu

babynina30 Publish time 24-6-2023 10:06 AM

Beli lah rumah di Jekarda aja pak. Lebih moden dan cantik.

Heols bujang lagi . Smpai 12 kamarmgkin utk seisi keluarga

Indon kn suka berencana plbgai aktivitas

copy_paste Publish time 26-6-2023 11:44 AM

entah berapa lama je duduk tu,nt jd rumah hantu

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 02:11 AM

rumah mewah tp seram
Pages: [1]
View full version: Kecoh Penampakan Rumah Mewah Di Tengah Kuburan, Lengkap Dengan Kolam Renang


ADVERTISEMENT