mattzzx Publish time 22-6-2023 01:39 PM

FIA cadang rombak akses di grid kerana Neymar

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/neymar_1687411832.jpg
NEYMAR (kanan) dan ramai selebriti lain dibenarkan ke grid sebelum perlumbaan F1. FOTO AGENSI


London: Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dilaporkan akan mengubah peraturan kemasukan ke grid ketika perlumbaan Formula Satu (F1).

Cadangan perubahan itu hadir susulan insiden ketika Grand Prix (GP) Spanyol tahun ini membabitkan bintang bola sepak PSG, Neymar.

Walaupun selebriti kerap dilihat berjalan di kawasan grid sebelum perlumbaan, sejumlah tetamu termasuk Neymar berada di atas rumput di laluan lurus ketika perlumbaan formulasi mahu dimulakan, lapor Autosport.

Berikutan insiden berkenaan, FIA akan mengetatkan akses ke grid sebelum perlumbaan.

Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem, menyatakan sesuatu mengenai cadangan rombakan itu.

Katanya: "Kami perlu belajar daripada insiden yang berlaku di GP Sepanyol.

"FIA memberi jaminan menerusi Stefano Domenicali (CEO F1) mengenai langkah tertentu akan diambil bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

"Isu ini bukan saja untuk F1, tetapi Formula E dan Kejohanan Endurance Dunia serta kategori lain berdasarkan pengalaman saya melihat terlalu ramai orang di grid ketika sesuatu acara."
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/06/980232/fia-cadang-rombak-akses-di-grid-kerana-neymar
Pages: [1]
View full version: FIA cadang rombak akses di grid kerana Neymar


ADVERTISEMENT